Terkini
Faktor kaum majoriti pengaruhi jawatan PM – Tun M
Faktor kaum majoriti mempengaruhi kedudukan individu yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Faktor kaum majoriti mempengaruhi kedudukan individu yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
- Dr Mahathir berkata walaupun Perlembagaan Persekutuan menetapkan syarat untuk seseorang menyandang jawatan itu mesti dipegang Ahli Parlimen, yang mana menurut pandangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), mendapat sokongan majoriti ahli lain, ia tidak menafikan dinamik kaum yang mempengaruhi jawatan Perdana Menteri disandang dari kaum majoriti.
- “Sejak mencapai kemerdekaan, Perdana Menteri Di Singapura, mesti seorang berbangsa Cina. Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura), mengakui pemimpin bukan berbangsa Cina berdepan kesukaran diterima daripada kalangan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada etnik berkenaan.
- “Oleh itu, Perdana Menteri di Singapura mesti seorang yang berbangsa Cina,” kata beliau dalam satu ciapan di X pada Isnin.
- Terdahulu, media melaporkan ahli politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang yang menyuarakan harapan agar Malaysia tidak menunggu hingga 230 tahun bagi mempunyai Perdana Menteri bukan berbangsa Melayu.
KUALA LUMPUR – Faktor kaum majoriti mempengaruhi kedudukan individu yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata walaupun Perlembagaan Persekutuan menetapkan syarat untuk seseorang menyandang jawatan itu mesti dipegang Ahli Parlimen, yang mana menurut pandangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), mendapat sokongan majoriti ahli lain, ia tidak menafikan dinamik kaum yang mempengaruhi jawatan Perdana Menteri disandang dari kaum majoriti.
“Sejak mencapai kemerdekaan, Perdana Menteri Di Singapura, mesti seorang berbangsa Cina. Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura), mengakui pemimpin bukan berbangsa Cina berdepan kesukaran diterima daripada kalangan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada etnik berkenaan.
“Oleh itu, Perdana Menteri di Singapura mesti seorang yang berbangsa Cina,” kata beliau dalam satu ciapan di X pada Isnin.
Terdahulu, media melaporkan ahli politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang yang menyuarakan harapan agar Malaysia tidak menunggu hingga 230 tahun bagi mempunyai Perdana Menteri bukan berbangsa Melayu.
Mengulas lanjut tentang isu Perdana Menteri bukan Melayu itu, Dr Mahathir memberi contoh situasi di Pulau Pinang yang mana satu ketika dulu UMNO mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri terbanyak, namun masih memberi peluang kepada Parti GERAKAN untuk mentadbir negeri itu ketika bersama-sama dalam gabungan Barisan Nasional (BN).
“Pulau Pinang tidak pernah memiliki Ketua Menteri yang bukan dari kalangan Cina.
“Walaupun keseimbangan kaum mendukung bukan Melayu, namun ketika UMNO memiliki jumlah kerusi terbesar di bawah Barisan Nasional, ia memberi peluang kepada GERAKAN,” katanya.
Dr Mahathir berkata meskipun orang Melayu kini dipecahkan mengikut fahaman politik yang berbeza, namun mereka masih merupakan kaum majoriti di negara ini.
“Hingga dan kecuali jika majoriti Melayu berasa mereka dapat menerima seorang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri, keadaan akan tetap seperti sebelumnya,” katanya. – The Merdeka Times
Sumber: Twitter Tun Dr Mahathir
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini3 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini2 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini23 hours ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) Serbuan, rampasan jam tangan LGBT “keterlaluan” – Anwar