Terkini
COVID-19: KPM ikut nasihat KKM buka atau tutup sekolah
Sebarang keputusan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penutupan sekolah susulan penularan varian baharu COVID-19 adalah bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
- Sebarang keputusan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penutupan sekolah susulan penularan varian baharu COVID-19 bergantung kepada nasihat KKM.
- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata buat masa sekarang KKM belum mengeluarkan pekeliling kepada KPM untuk berbuat demikian.
- “Itu (penularan varian baharu COVID-19) juga adalah kebimbangan kita ketika ini. KPM akan menurut sahaja nasihat KKM yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa demi keselamatan anak murid kita,”- Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
SHAH ALAM: Sebarang keputusan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penutupan sekolah susulan penularan varian baharu COVID-19 adalah bergantung kepada nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata setakat ini KKM belum mengeluarkan pekeliling kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk berbuat demikian.
“Itu (penularan varian baharu COVID-19) juga adalah kebimbangan kita ketika ini. KPM akan menurut sahaja nasihat KKM yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa demi keselamatan anak murid kita,” katanya mengulas berhubung SOP pencegahan COVID-19 di sekolah susulan penemuan dua varian baharu dari China.
Terdahulu beliau melakukan lawatan di Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Kebun pada hari pertama persekolahan.
Fadhlina berkata demikian bagi mengulas susulan varian baharu COVID-19 iaitu BA.5.2 dan BF.7 yang telah dikesan berada di negara ini.
Sebelum ini, media melaporkan China akan membuka semula sempadannya pada 8 Januari ini selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19
Bagaimanapun timbul kebimbangan apabila berlaku lonjakan ketara kes COVID-19 di negara itu baru-baru ini.
Sumber: Berita Harian
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times