Connect with us

Terkini

3,214 Hektar Tanah Rizab Melayu Perak Dimiliki Bukan Melayu

Sekurang-kurangnya 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.

Wartawan TMT

Published

on

3,214 Hektar Tanah Rizab Melayu Perak Dimiliki Bukan Melayu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.
  • Tindakan itu bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara.
  • Menurut Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019, Siri 2 Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 28 September 2021 tanah rizab melayu yang hilang membabitkan 3,214 hektar hanya membabitkan Mukim Jaya Baru dan Sitiawan.

MANJUNG, Isnin – Sekurang-kurangnya 3,214 hektar Tanah Rizab Melayu di Perak hilang dan dipercayai telah berpindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah.

Tindakan itu sekali gus bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara. 

Memetik Utusan Malaysia, Menurut Jabatan Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019, Siri 2 Aktiviti Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 28 September 2021 tanah rizab melayu yang hilang membabitkan 3,214 hektar hanya membabitkan Mukim Jaya Baru dan Sitiawan.

Laporan itu turut mendedahkan, kesilapan Pejabat Tanah dan Galian Perak (PTG) membenarkan pendaftaran pindah milik menyebabkan tanah rizab Melayu dimiliki oleh bukan Melayu walaupun hak milik asal adalah pegangan Melayu.

Jabatan Audit Negara turut memaklumkan pencerobohan haram dikesan ke atas tanah rizab Melayu seluas 309 hektar di daerah Perak Tengah dan Kerian yang diteroka sebagai ladang sawit sejak 20 tahun lalu.

Berikutan itu kerajaan negeri Perak mengalami kerugian berjumlah 741,945 ringgit dalam bentuk cukai, premium dan denda susulan pencerobohan tanah itu.

Sumber : TV Pertiwi

 

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending