Connect with us

Terkini

“Kalau jahil hukum, diam” – Firdaus Wong tegur kenyataan Syerleena

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Menerusi satu hantaran di Facebook, Firdaus Wong mempersoalkan tindakan menggunakan hujah bahawa agama mengajar nilai belas ihsan, rasa hormat dan tanggungjawab tanpa merujuk kepada panduan hukum yang ditetapkan dalam Islam.
  • “Kalau jahil dan diam, tiada siapa akan tahu mahupun mengkritik. Tetapi bila jahil hukum masih mahu menulis kononnya ‘my religion teach me’, memang Islam ajar respect, compassion dan responsibility, tetapi apa garis panduannya?” katanya.
  • Menurut Firdaus, kritikan yang diberikan bukan bertujuan menyerang peribadi Syerleena, sebaliknya dibuat atas dasar tanggungjawab sesama Muslim dan kebimbangan terhadap aspek akidah.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menegur Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid susulan kenyataan beliau yang dikaitkan dengan isu melibatkan rumah ibadat bukan Islam dan amalan keagamaan penganut agama lain.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Firdaus mempersoalkan tindakan menggunakan hujah bahawa agama mengajar nilai belas ihsan, rasa hormat dan tanggungjawab tanpa merujuk kepada panduan hukum yang ditetapkan dalam Islam.

Menurut beliau, Islam sememangnya mengajar umatnya untuk menghormati orang lain, bersifat ihsan dan bertanggungjawab, namun semua nilai tersebut perlu difahami dalam kerangka syariat yang jelas.

“Kalau jahil dan diam, tiada siapa akan tahu mahupun mengkritik. Tetapi bila jahil hukum masih mahu menulis kononnya ‘my religion teach me’, memang Islam ajar respect, compassion dan responsibility, tetapi apa garis panduannya?” katanya.

Dalam hantaran sama, Firdaus turut menggesa agar pandangan dirujuk kepada golongan ulama atau mufti bagi mendapatkan penjelasan hukum yang tepat mengenai perkara tersebut.

Beliau turut memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 2 yang menyeru umat Islam supaya saling membantu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan serta tidak bekerjasama dalam perkara yang dianggap sebagai dosa dan pelanggaran syariat.

Menurut Firdaus, kritikan yang diberikan bukan bertujuan menyerang peribadi Syerleena, sebaliknya dibuat atas dasar tanggungjawab sesama Muslim dan kebimbangan terhadap aspek akidah.

“Kami kritik kerana kami masih sayang Syerleena Abdul Rashid sebagai saudara seagama.

“Nak berpolitik, silakan. Jaga akidah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa kuasa dan kedudukan politik bersifat sementara serta menyeru supaya setiap tindakan dinilai berdasarkan tuntutan agama.

Firdaus dalam hantaran sama turut menyertakan pautan kepada penjelasan hukum yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai rujukan kepada orang ramai berkaitan isu yang dibangkitkan.- The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author