Connect with us

Terkini

Lebih 10,000 hilang kerja di Selangor, 40 peratus golongan pengurusan, profesional

Published

on

Foto: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
  • Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, angka tersebut diperoleh menerusi analisis data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tempoh berkenaan.
  • “Jika kita teliti lebih mendalam, sebanyak 40 peratus daripada 10,869 yang hilang pekerjaan merupakan pekerja di peringkat pengurusan dan profesional sementara selebihnya adalah pekerja peringkat juruteknik, jurujual atau pengendali jentera,” katanya.
  • Menurut beliau, sektor peruncitan merekodkan jumlah tertinggi pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan 2,549 individu terjejas, diikuti sektor pembuatan yang melibatkan 2,316 pekerja.

SHAH ALAM – Golongan profesional dan pengurusan dikenal pasti sebagai kumpulan terbesar yang terjejas dalam isu kehilangan pekerjaan di Selangor apabila mewakili sekitar 40 peratus daripada keseluruhan 10,869 individu yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, angka tersebut diperoleh menerusi analisis data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi tempoh berkenaan.

Menurut beliau, sektor peruncitan merekodkan jumlah tertinggi pekerja yang kehilangan pekerjaan dengan 2,549 individu terjejas, diikuti sektor pembuatan yang melibatkan 2,316 pekerja.

“Jika kita teliti lebih mendalam, sebanyak 40 peratus daripada 10,869 yang hilang pekerjaan merupakan pekerja di peringkat pengurusan dan profesional sementara selebihnya adalah pekerja peringkat juruteknik, jurujual atau pengendali jentera.

“Keadaan ini mendorong Kerajaan Negeri untuk melindungi sektor peruncitan dan menawarkan pilihan peralihan kepada pekerja yang telah kehilangan mata pencarian untuk menceburi bidang keusahawanan serta peluang untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor pada Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor ke-15 di Shah Alam pada Jumaat yang dipetik KOSMO.

Dalam usaha membantu mereka yang terkesan, Amirudin berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM4 juta bagi menyediakan 5,000 tempat menerusi program Transisi Kerjaya PLATS (Platform Selangor).

Menurutnya, peserta program itu turut akan menerima bantuan data internet selama setahun bagi membolehkan mereka mengikuti latihan secara digital, mengakses modul pembelajaran serta membuat permohonan pembiayaan untuk memulakan perniagaan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author