Connect with us

Terkini

Isu poster UPSI: ‘Dakwah Islam ikut Perlembagaan, jangan ganggu’

Published

on

Foto: ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin.
  • ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menegaskan aktiviti dakwah kepada agama Islam adalah selaras dengan Perlembagaan dan tidak sepatutnya dipersoalkan.
  • Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Senator DAP, RA Lingeshwaran yang menuntut siasatan dijalankan terhadap UPSI susulan penularan poster di media sosial yang menyenaraikan manfaat kepada mahasiswa UPSI yang memeluk Islam, termasuk yuran pengajian percuma.
  • “Saya nak beritahu YB Senator DAP ni, ini Malaysia, Islam agama rasmi, dakwah kepada agama Islam memang mematuhi Perlembagaan. Jangan besar kepala sampai nak ganggu kelebihan menganut agama Islam,” katanya.

SEREMBAN – Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Datuk Mohd Asna Amin menegaskan bahawa aktiviti dakwah kepada agama Islam adalah selaras dengan Perlembagaan dan tidak sepatutnya dipersoalkan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Senator DAP, RA Lingeshwaran yang menuntut siasatan dijalankan terhadap Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) susulan penularan poster di media sosial yang menyenaraikan beberapa manfaat kepada mahasiswa UPSI yang memeluk Islam, termasuk yuran pengajian percuma.

Mohd Asna menyifatkan tindakan mempertikaikan perkara berkaitan dakwah Islam sebagai sesuatu yang tidak wajar memandangkan Islam merupakan agama rasmi negara.

“Saya nak beritahu YB Senator DAP ni, ini Malaysia, Islam agama rasmi, dakwah kepada agama Islam memang mematuhi Perlembagaan. Jangan besar kepala sampai nak ganggu kelebihan menganut agama Islam,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap tuntutan Lingeshwaran agar siasatan dijalankan berhubung poster yang tular di media sosial berkaitan manfaat yang ditawarkan kepada saudara baharu Islam dalam kalangan mahasiswa UPSI.

Mohd Asna menegaskan bahawa dakwah kepada agama Islam adalah selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan tidak seharusnya dijadikan isu sehingga mengundang campur tangan terhadap kelebihan yang diberikan kepada penganut agama tersebut. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author