Connect with us

Terkini

‘Raja mesti di atas politik, bukan dalam politik’ – Peguam

Published

on

Foto: Peguam, Rafique Rashid.
  • Peguam, Rafique Rashid menegaskan institusi Raja perlu terus berada di atas politik dan dijauhkan daripada sebarang perebutan kuasa politik bagi memastikan kewibawaan serta penghormatan terhadap institusi itu terus terpelihara.
  • “Raja yang dihormati adalah Raja yang berada di atas politik, bukan berada dalam politik,” katanya menerusi satu kenyataan dikongsikan di Facebook pada Khamis.
  • “Ahli politik datang dan pergi, namun institusi Raja akan terus kekal, justeru kedudukannya perlu dipelihara daripada sebarang pengaruh atau pertarungan kuasa politik,” katanya.

KUALA LUMPUR – Peguam, Rafique Rashid menegaskan institusi Raja perlu terus berada di atas politik dan dijauhkan daripada sebarang perebutan kuasa politik bagi memastikan kewibawaan serta penghormatan terhadap institusi itu terus terpelihara.

Beliau berkata, Raja yang benar-benar dihormati ialah Raja yang tidak terlibat dalam politik, sebaliknya kekal berada di atas segala persaingan politik.

“Institusi Raja mesti dijauhkan daripada perebutan kuasa politik.

“Raja yang dihormati adalah Raja yang berada di atas politik, bukan berada dalam politik,” katanya menerusi satu kenyataan dikongsikan di Facebook pada Khamis.

Menurut Rafique, apabila institusi Raja dilihat memihak kepada mana-mana parti atau tokoh politik, keadaan itu boleh menyebabkan rakyat mula mempersoalkan keputusan yang dibuat, sekali gus memberi kesan yang tidak baik kepada institusi berkenaan.

“Ahli politik datang dan pergi, namun institusi Raja akan terus kekal, justeru kedudukannya perlu dipelihara daripada sebarang pengaruh atau pertarungan kuasa politik,” jelasnya.

Dalam masa sama, Rafique menegaskan bahawa Raja memerintah mengikut Perlembagaan dan bukannya berdasarkan kecenderungan politik.

Katanya, walaupun Perlembagaan memberikan kedudukan yang tinggi kepada institusi Raja, terdapat batas yang turut ditetapkan dan perlu dihormati oleh semua pihak.

Beliau turut berpandangan bahawa sekiranya terdapat mana-mana pihak di Istana yang beranggapan mereka boleh menentukan siapa yang sepatutnya memimpin sesebuah parti politik atau kerajaan, tindakan itu telah melangkaui sempadan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

Tambah beliau, melindungi institusi Raja tidak bermaksud membenarkan mana-mana pihak melanggar batas-batas Perlembagaan.

“Kesetiaan kepada Raja semata-mata tidak boleh mengatasi keluhuran Perlembagaan kerana kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan,” katanya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author