Connect with us

Terkini

AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19, Malaysia perlu tolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 – PPIM

Penarikan balik vaksin COVID-19 AstraZeneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005), kata Datuk Nadzim Othman.

Avatar

Published

on

Foto: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Othman.
  • Penarikan balik vaksin COVID-19 AstraZeneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005), kata Datuk Nadzim Othman.
  • Nadzim yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.
  • “Pindaan IHR bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambil alih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.
  • “Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005,” kata Nadzim dalam kenyataan di sini hari ini.
  • Terdahulu, media melaporkan syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.
  • Menurut laporan Telegraph, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik “kebenaran pemasaran”.

KUALA LUMPUR – Penarikan balik vaksin COVID-19 AstraZeneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005), kata Datuk Nadzim Othman.

Nadzim yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.

“Pindaan IHR bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambil alih peranan kerajaan, termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

“Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005,” kata Nadzim dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.

Menurut laporan Telegraph, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik “kebenaran pemasaran”.

Nadzim berkata ketika wabak COVID-19 melanda dunia, rakyat Malaysia dipaksa mengambil vaksin yang belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.

“Semua itu berlaku kerana kita tunduk pada kuasa barat dan hanya menuruti kata mereka tanpa menggunakan kepakaran yang sedia ada di negara ini,” katanya.

Beliau berkata adalah mudah bagi pengeluar vaksin mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin di seluruh dunia, namun kesannya sudah dirasai ribuan rakyat Malaysia.

“Ramai rakyat kita yang mengalami kesan sampingan akibat vaksin COVID-19, pakar perubatan malah pengamal undang-undang dan orang awam diheret ke mahkamah, dijatuhi hukuman, dipenjarakan kerana mempertikaikan vaksin itu.

“…siapa akan bertanggungjawab ke atas mereka, adakah pengeluar vaksin akan membayar pampasan kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan,” kata Nadzim. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending