Connect with us

Terkini

Johor tak boleh kembali kepada dominasi satu parti – Anthony Loke

Published

on

Foto: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
  • Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Johor tidak boleh kembali kepada era politik yang dikuasai sebuah parti sehingga membolehkan mana-mana pihak melakukan apa sahaja tanpa wujud mekanisme semak dan imbang.
  • “Jadi calon-calon Pakatan Harapan, perlu juga menang kerusi-kerusi di negeri Johor. Dan di DUN Parit Raja ini, kita menaruhkan harapan kepada saudara Syazwan untuk memberikan penentangan  kepada Barisan Nasional,” – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke

BATU PAHAT — Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Johor tidak boleh kembali kepada era politik yang dikuasai sebuah parti sehingga membolehkan mana-mana pihak melakukan apa sahaja tanpa wujud mekanisme semak dan imbang.

Beliau berkata, landskap politik Malaysia kini telah berubah daripada sistem yang dikuasai satu parti kepada pentadbiran yang melibatkan kerjasama beberapa gabungan politik, justeru keseimbangan kuasa perlu terus dipertahankan, termasuk di Johor.

Menurutnya, walaupun Barisan Nasional (BN) mempunyai kekuatan di negeri itu, pengundi perlu memastikan Pakatan Harapan (PH) turut memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mewujudkan politik yang lebih seimbang.

“Kita tak boleh kembali kepada dulu, satu politik yang dominan satu parti. Dia lakukan apa saja, tak ada sesiapa boleh mengimbangi mereka.

“Jadi hari ini kita mahu politik Johor, kita nak satu politik yang lebih seimbang,” katanya ketika berkempen bagi PRN Johor.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author