Terkini
Penyelidik pendidikan kecam pihak menafikan sistem pendidikan negara merosot
Penyelidik pendidikan membidas pihak tertentu yang sebelum ini bermati-matian menafikan sistem pendidikan negara sedang ketinggalan, merosot dan semakin tidak berkesan susulan laporan terkini Bank Dunia menunjukkan sebaliknya.

- Penyelidik pendidikan membidas pihak tertentu yang sebelum ini bermati-matian menafikan sistem pendidikan negara sedang ketinggalan, merosot dan semakin tidak berkesan susulan laporan terkini Bank Dunia menunjukkan sebaliknya.
- Dr Anuar Ahmad berkata beliau sudah berulang kali mengingatkan pihak terbabit tentang perkara itu dan menggesa reformasi untuk membetulkan asas sistem pendidikan kerana tidak cukup hanya menambah baik dan intervensi, sebaliknya asas perlu dibetulkan dahulu.
- āMalangnya, ada pihak bermati-matian nafikan. Kononnya semua ok. Semua baik -baik sahaja. Orang yang menegur pula diberikan amaran. Kononnya berniat buruk. Kononnya nak menghasut. Tidak bertanggungjawab. Jahat.
- āNah, baca sendiri. Laporan Bank Dunia pun mendapati sistem pendidikan negara kurang berkesan. Belanja pendidikan tinggi tetapi hasilnya kurang.Ā
- āNak kata Bank Dunia pun tak bertanggungjawab juga ke?,ā katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, āWorld Bank report says Malaysian children not learning enough in schoolsā.
KUALA LUMPUR ā Penyelidik pendidikan membidas pihak tertentu yang sebelum ini bermati-matian menafikan sistem pendidikan negara sedang ketinggalan, merosot dan semakin tidak berkesan susulan laporan terkini Bank Dunia menunjukkan sebaliknya.
Dr Anuar Ahmad berkata beliau sudah berulang kali mengingatkan pihak terbabit tentang perkara itu dan menggesa reformasi untuk membetulkan asas sistem pendidikan kerana tidak cukup hanya menambah baik dan intervensi, sebaliknya asas perlu dibetulkan dahulu.
āMalangnya, ada pihak bermati-matian nafikan. Kononnya semua ok. Semua baik -baik sahaja. Orang yang menegur pula diberikan amaran. Kononnya berniat buruk. Kononnya nak menghasut. Tidak bertanggungjawab. Jahat.
āNah, baca sendiri. Laporan Bank Dunia pun mendapati sistem pendidikan negara kurang berkesan. Belanja pendidikan tinggi tetapi hasilnya kurang.Ā
āNak kata Bank Dunia pun tak bertanggungjawab juga ke?,ā katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat yang turut memuat naik tangkap layar artikel bertajuk, āWorld Bank report says Malaysian children not learning enough in schoolsā.
Anuar berkata dalam perkembangan itu, tidak perlu kita membandingkan pendidikan negara dengan Singapura, malah dengan Vietnam sekali negara ini sudah kalah.
Katanya, ibu bapa juga sepatutnya sedar tentang hal ini kerana ia melibatkan masa depan anak-anak mereka.
āJangan kata nak banding dengan pendidikan di Singapura, dengan Vietnam pun kita dah kalah. Nak nafikan apa lagi?
āIbu bapa patut sedar tentang hal ini sebab ini tentang masa depan anak-anak mereka. Jangan sampai ‘diperbodohkan….’ kononnya ‘don’t worry, everything is all right’…,ā katanya.
Sebelum ini, media melaporkan laporan terkini Bank Dunia bertajuk āBending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skillsā memberi gambaran membimbangkan berhubung sistem pendidikan negara ini.
Ini kerana walaupun pendidikan diperuntukkan perbelanjaan besar iaitu 3.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun pembelajaran pelajar masih ketinggalan berbanding jangkaan.
Laporan itu menyatakan hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5, jauh lebih teruk berbanding rakan serantau (34 peratus berjuang dalam ekonomi serupa).Ā
Laporan itu menunjukkan ketidakcekapan membimbangkan dengan pelajar Malaysia menghabiskan purata 12.5 tahun di sekolah, namun pembelajaran bersamaan hanya 8.9 tahun, sedangkan pelajar Vietnam mencapai 10.7 tahun pembelajaran dalam jangka masa sama. ā The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas diĀ https://support.themerdekatimes.com
