Connect with us

Antarabangsa

Vape diharamkan di Singapura, boleh didenda hingga RM7,000

Vape diharamkan di Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunakan rokok elektronik dan komponen berkaitannya serta pesalah boleh didenda sehingga 2,000 dolar Singapura (RM7,000) bagi setiap kesalahan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Vape diharamkan di Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunakan rokok elektronik dan komponen berkaitannya serta pesalah boleh didenda sehingga 2,000 dolar Singapura (RM7,000) bagi setiap kesalahan.
  • Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar mengingatkan rakyat Malaysia termasuk kelompok yang bekerja di negara berkenaan supaya cakna dengan perkembangan undang-undang negara tersebut.
  • Katanya, ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat pihak berkuasa di negara berkenaan.
  • “Saya harap semua sentiasa ‘update’ (cakna) tentang undang-undang Singapura. Baru-baru ini ramai yang kena tahan bawa vape (rokok elektronik) dan sebagainya.
  • “Apabila disiasat, pasport kena ambil dan tidak boleh balik ke Malaysia dan ini akan sebabkan banyak masalah dan kadang kala apabila majikan tahu, mereka akan terus diberhentikan,” katanya dipetik BERNAMA ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Vape diharamkan di Singapura dan menjadi satu kesalahan untuk memiliki, membeli atau menggunakan rokok elektronik dan komponen berkaitannya serta pesalah boleh didenda sehingga 2,000 dolar Singapura (RM7,000) bagi setiap kesalahan.

Ia juga menjadi satu kesalahan untuk menjual, memiliki untuk dijual, mengimport atau mengedar rokok elektronik dan komponen berkaitannya.

Pesalah boleh didenda sehingga 10,000 dolar Singapura, atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan didenda sehingga 20,000 dolar Singapura, atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya untuk kesalahan kedua atau seterusnya.

Susulan itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar mengingatkan rakyat Malaysia termasuk kelompok yang bekerja di negara berkenaan supaya cakna dengan perkembangan undang-undang negara tersebut.

Katanya, ini penting bagi mengelakkan kesulitan kepada diri sendiri dan keluarga jika mereka ditahan dan disiasat pihak berkuasa di negara berkenaan.

“Saya harap semua sentiasa ‘update’ (cakna) tentang undang-undang Singapura. Baru-baru ini ramai yang kena tahan bawa vape (rokok elektronik) dan sebagainya.

“Apabila disiasat, pasport kena ambil dan tidak boleh balik ke Malaysia dan ini akan sebabkan banyak masalah dan kadang kala apabila majikan tahu, mereka akan terus diberhentikan,” katanya dipetik BERNAMA ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada Rabu.

Media pada tahun lalu melaporkan pihak Berkuasa Singapura akan meningkatkan pemeriksaan bagi mengekang penggunaan vape di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut dalam tempoh beberapa bulan akan datang, bermula dengan Lapangan Terbang Changi.

“Penumpang yang masuk mungkin akan disaring untuk vape dan komponennya di balai ketibaan dan mereka didapati memiliki e-vaporizer atau komponennya akan didenda,” kata Kementerian Kesihatan Singapura dan Penguasa Sains Kesihatan. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

TV Belgium tayang mesej pro-Palestin, potong siaran nyanyian artis Israel di Eurovision

Penyiar kebangsaan perkhidmatan awam Belgium mengganggu liputan separuh akhir pertandingan nyanyian Eurovision pada Khamis untuk memaparkan mesej mengutuk “pelanggaran hak asasi manusia” dilakukan Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Mesej yang dipamerkan dari saluran VRT semasa pertandingan nyanyian Eurovision.
  • Penyiar kebangsaan perkhidmatan awam Belgium mengganggu liputan separuh akhir pertandingan nyanyian Eurovision pada Khamis untuk memaparkan mesej mengutuk “pelanggaran hak asasi manusia” dilakukan Israel.
  • Irish Mirror melaporkan saluran VRT bertindak memancarkan mesej itu ke seluruh Belgium pada awal persembahan selepas negara pendudukan haram tersebut layak ke perlawanan akhir pada malam Sabtu.
  • Pertandingan tahun ini banyak dicemari kontroversi melibatkan penyertaan Israel dalam pusat muzik di benua itu.
  • Perkara itu dikongsi secara meluas di media sosial berikutan mesej yang dipamerkan VRT.
  • “Ini adalah tindakan kesatuan. Kami mengutuk pencabulan hak asasi manusia (dilakukan) negara Israel. Israel juga menghancurkan kebebasan akhbar. Itu sebabnya kami mengganggu tayangan sementara waktu. #CeaseFireNow #StopGenocideNow,” kata kenyataan itu.

Penyiar kebangsaan perkhidmatan awam Belgium mengganggu liputan separuh akhir pertandingan nyanyian Eurovision pada Khamis untuk memaparkan mesej mengutuk “pelanggaran hak asasi manusia” dilakukan Israel.

Irish Mirror melaporkan saluran VRT bertindak memancarkan mesej itu ke seluruh Belgium pada awal persembahan selepas negara pendudukan haram tersebut layak ke perlawanan akhir pada malam Sabtu.

Pertandingan tahun ini banyak dicemari kontroversi melibatkan penyertaan Israel dalam pusat muzik di benua itu.

Perkara itu dikongsi secara meluas di media sosial berikutan mesej yang dipamerkan VRT.

“Ini adalah tindakan kesatuan. Kami mengutuk pencabulan hak asasi manusia (dilakukan) negara Israel. Israel juga menghancurkan kebebasan akhbar. Itu sebabnya kami mengganggu tayangan sementara waktu. #CeaseFireNow #StopGenocideNow,” kata kenyataan itu.

Syarikat penyiaran itu turut menjelaskan keputusannya memaparkan mesej itu secara nasional.

“Kami telah menonton insiden mengerikan di Timur Tengah selama berbulan-bulan. Kami yakin bahawa Negara Israel melakukan genosid maka dengan itu, ia sesuatu yang memalukan bahawa adanya calon Israel di pertandingan nyanyian Eurovision.

“Tidak melakukan apa-apa, (dan) hanya menonton, bukan lagi pilihan. EBU (Kesatuan Penyiaran Eropah) malangnya membolehkan penyertaan Israel dan oleh itu kami memutuskan untuk mengganggu siaran.

“Kami berharap untuk menghantar isyarat kepada kerajaan Israel supaya dihentikan pertempuran dan pembunuhan, benarkan pemerhati antarabangsa dan akhbar masuk (Gaza) dan duduk untuk rundingan solusi,” katanya. – The Merdeka times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending