Connect with us

Antarabangsa

80,000 orang awam Palestin diusir keluar dari Rafah – UNRWA

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata tentera pendudukan Israel (IOF) mengusir kira-kira 80,000 penduduk Palestin dari bandar Rafah di selatan wilayah Gaza.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata tentera pendudukan Israel (IOF) mengusir kira-kira 80,000 penduduk Palestin dari bandar Rafah di selatan wilayah Gaza.
  • Perkara itu berlaku sejak permulaan serangan tiga hari lalu, lapor agensi berita Palestin, WAFA.
  • Bandar Rafah merupakan tempat perlindungan terakhir bagi mereka yang terusir di Gaza.
  • Sejak permulaan operasi darat dilancarkan IOF di wilayah Gaza pada 27 Oktober tahun lalu, masyarakat awam Palestin dari kawasan utara dan tengah wilayah Gaza diarahkan ke selatan, dengan dakwaan ia “kawasan selamat”.

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata tentera pendudukan Israel (IOF) mengusir kira-kira 80,000 penduduk Palestin dari bandar Rafah di selatan wilayah Gaza.

Perkara itu berlaku sejak permulaan serangan tiga hari lalu, lapor agensi berita Palestin, WAFA.

Bandar Rafah merupakan tempat perlindungan terakhir bagi mereka yang terusir di Gaza.

Sejak permulaan operasi darat dilancarkan IOF di wilayah Gaza pada 27 Oktober tahun lalu, masyarakat awam Palestin dari kawasan utara dan tengah wilayah Gaza diarahkan ke selatan, dengan dakwaan ia “kawasan selamat”.

Dalam kawasan sempit dengan anggaran kira-kira 65 kilometer persegi, Rafah berpotensi  menampung lebih 1.5 juta rakyat Palestin.

Mereka berdepan situasi teruk dalam ribuan khemah yang terpasang di seluruh bandar.

Al Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 34,904 orang terbunuh dan 78,514 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu.

Angka kematian di Israel ialah 1,139 maut dengan puluhan mereka masih ditawan. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending