Connect with us

Antarabangsa

Perang Gaza: Barclays tambah pelaburan perdagangan senjata Israel

Barclays meningkatkan pelaburannya dalam syarikat yang terlibat membekalkan senjata dan teknologi ketenteraan kepada Israel, menurut siasatan kumpulan aktivis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Barclays meningkatkan pelaburannya dalam syarikat yang terlibat membekalkan senjata dan teknologi ketenteraan kepada Israel, menurut siasatan kumpulan aktivis.
  • Penemuan itu yang diterbitkan bersama Palestine Solidarity Campaign (PSC), Campaign Against Arms Trade (CAAT) dan War on Want, bank multinasional Britain itu meningkatkan pelaburannya meskipun ada tekanan untuk melepaskan pegangan dikaitkan dengan perdagangan senjata Israel.
  • Jurukempen berkata Barclays mempunyai £2bilion (RM11.84 bilion) saham dalam syarikat yang menghasilkan senjata dan teknologi ketenteraan digunakan tentera Israel dalam serangannya ke atas rakyat Palestin, lapor Middle East Eye pada Selasa.
  • Senarai firma di mana Barclays dilaporkan mempunyai kepentingan kewangan, termasuk pengeluar dron Israel Elbit Systems dan General Dynamics, firma senjata Amerika Syarikat (AS) yang mengeluarkan komponen untuk pesawat perang termasuk BAE Systems dan Raytheon.
  • Barclays salah satu bank terbesar di United Kingdom (UK), dengan keberadaan di seluruh dunia, berdepan gesaan boikot ekoran hubungannya dengan perdagangan senjata bersama Israel.

Barclays meningkatkan pelaburannya dalam syarikat yang terlibat membekalkan senjata dan teknologi ketenteraan kepada Israel, menurut siasatan kumpulan aktivis.

Penemuan itu yang diterbitkan bersama Palestine Solidarity Campaign (PSC), Campaign Against Arms Trade (CAAT) dan War on Want, bank multinasional Britain itu meningkatkan pelaburannya meskipun ada tekanan untuk melepaskan pegangan dikaitkan dengan perdagangan senjata Israel.

Jurukempen berkata Barclays mempunyai £2bilion (RM11.84 bilion) saham dalam syarikat yang menghasilkan senjata dan teknologi ketenteraan digunakan tentera Israel dalam serangannya ke atas rakyat Palestin, lapor Middle East Eye pada Selasa.

Sebanyak £6.1bn (RM36.13 bilion) pula disediakan kepada syarikat yang terlibat dalam perdagangan senjata kepada Israel dalam bentuk pinjaman dan pengunderaitan (underwritings), demikian menurut laporan itu.

Penyelidik berkata angka itu mencecah 55 peratus peningkatan dalam pegangan saham sejak 2022 dan peningkatan 54.5 peratus dalam pinjaman dan pengunderaitan sejak tahun sama.

Senarai firma di mana Barclays dilaporkan mempunyai kepentingan kewangan, termasuk pengeluar dron Israel Elbit Systems dan General Dynamics, firma senjata Amerika Syarikat (AS) yang mengeluarkan komponen untuk pesawat perang, termasuk BAE Systems dan Raytheon.

Laporan itu dibuat sebelum mesyuarat agung tahunan bank terbabit pada 9 Mei di Glasgow.

Barclays salah satu bank terbesar di United Kingdom (UK), dengan keberadaan di seluruh dunia, berdepan gesaan boikot ekoran hubungannya dengan perdagangan senjata bersama Israel.

Seruan boikot semakin meningkat apabila perang Israel ke atas Gaza, yang setakat ini membunuh sekurang-kurangnya 34,500 rakyat Palestin, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Iran keluarkan ‘amaran rahsia’ kepada sekutu AS – WSJ

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.
  • Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.
  • Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.
  • Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.
  • Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Tehran memberi amaran kepada sekutu Amerika Syarikat (AS) di Timur Tengah, termasuk Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Qatar, supaya tidak membantu Israel dalam serangan terhadap Iran, menurut sumber pegawai Arab tidak dinamakan dilaporkan Wall Street Journal.

Amaran melalui “saluran diplomatik rahsia” itu adalah sebagai tindak balas terhadap ancaman Israel untuk membalas keras tindakan Iran melancarkan kira-kira 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel awal bulan ini.

Pegawai Israel mahu serangan balas dahsyat ke atas kemudahan nuklear dan infrastruktur minyak Iran, manakala AS berusaha untuk mengehadkan tindak balas dan mengelakkan peperangan lebih meluas yang boleh merebak ke seluruh rantau itu.

Konflik semakin meningkat antara Israel dan Iran menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak.

Menurut WSJ, kemudahan tentera dan pasukan tentera AS di rantau itu juga berisiko disebabkan kemungkinan berlakunya anggaran salah atau peningkatan ketegangan yang boleh membawa kepada akibat tidak diingini.

Pegawai beberapa negara yang menempatkan tentera AS memberitahu WSJ bahawa negara mereka telah memaklumkan kepada pentadbiran Presiden AS, Joe Biden bahawa mereka tidak mahu infrastruktur ketenteraan atau ruang udara mereka digunakan untuk sebarang operasi ofensif terhadap Iran.

Dalam laporan berasingan pada Khamis, Reuters memetik tiga sumber yang menyatakan Arab Saudi, Qatar dan UAE semuanya memberitahu Washington bahawa mereka tidak akan membenarkan jet Israel menggunakan ruang udara mereka untuk melakukan serangan.

Pegawai pertahanan AS mengakui beberapa rakan serantau menyuarakan kebimbangan mereka kepada Pentagon, tetapi permintaan itu “masih tidak rasmi,” lapor WSJ. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending