Connect with us

Terkini

Pengarah, penerbit Mentega Terbang dakwa tuduhan lukakan perasaan penganut agama lain tidak ikut Perlembagaan

Pengarah dan penerbit filem kontroversi Mentega Terbang, yang berdepan tuduhan melukakan perasaan penganut agama lain, memohon Mahkamah Tinggi menentukan sama ada Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kebebasan bersuara.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Penerbit Mentega Terbang, Tan Meng Kheng (empat dari kiri) & Pengarah filem Mentega Terbang, Mohd Khairi Anwar Jailani (enam dari kanan).
  • Pengarah dan penerbit filem kontroversi Mentega Terbang, yang berdepan tuduhan melukakan perasaan penganut agama lain, memohon Mahkamah Tinggi menentukan sama ada Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kebebasan bersuara.
  • Pengarah filem itu, Mohd Khairi Anwar Jailani, 32 dan penerbit, Tan Meng Kheng, 37, didakwa di Mahkamah Majistret sebelum ini mengikut seksyen berkenaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
  • Peguam bela, Mohd Khairi dan Meng Kheng, N Surendran juga mahu Mahkamah Tinggi menentukan sama ada frasa ‘melukakan agama lain’ seperti terkandung dalam peruntukan itu kabur atau sebaliknya.
  • “Hakikatnya ini adalah undang-undang sebelum negara merdeka yang memberi beban kepada Mahkamah Majistret untuk menilai kesahihannya,” katanya dipetik Berita Harian ketika berhujah di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim, hari ini. 
  • Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob bagaimanapun berpendirian Seksyen 298 KK adalah berperlembagaan.

KUALA LUMPUR — Pengarah dan penerbit filem kontroversi Mentega Terbang, yang berdepan tuduhan melukakan perasaan penganut agama lain, memohon Mahkamah Tinggi menentukan sama ada Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi kebebasan bersuara.

Pengarah filem itu, Mohd Khairi Anwar Jailani, 32 dan penerbit, Tan Meng Kheng, 37, didakwa di Mahkamah Majistret sebelum ini mengikut seksyen berkenaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Peguam bela, Mohd Khairi dan Meng Kheng, N Surendran juga mahu Mahkamah Tinggi menentukan sama ada frasa ‘melukakan agama lain’ seperti terkandung dalam peruntukan itu kabur atau sebaliknya.

“Perkara itu sepatutnya diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

“Hakikatnya ini adalah undang-undang sebelum negara merdeka yang memberi beban kepada Mahkamah Majistret untuk menilai kesahihannya,” katanya dipetik Berita Harian ketika berhujah di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd Halim, hari ini. 

Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob bagaimanapun berpendirian Seksyen 298 KK adalah berperlembagaan.

“Tiada keperluan untuk Mahkamah Tinggi menentukan kesahihannya.

“Memandangkan perbicaraan membabitkan Mohd Khairi Anwar dan Meng Kheng belum bermula, tiada fakta dikemuka kepada mahkamah mengenai isu Perlembagaan Seksyen 298 KK,” katanya. 

Majistret kemudian menetapkan 14 Jun ini untuk keputusan berhubung persoalan undang-undang yang dibangkitkan itu supaya dirujuk di Mahkamah Tinggi.

Pada 17 Januari lalu, Mohd Khairi dan Meng Kheng mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan melukakan perasaan agama lain dalam filem itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka masing-masing di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim dan Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan-perkataan dalam pendengaran orang itu dan meletakkan objek-objek dalam penglihatan orang itu.

Pada September 2023,  Kementerian Dalam Negeri dilaporkan mewartakan Perintah Penapisan Filem (larangan) 2023 terhadap filem itu yang didapati jelas bertentangan akidah dan cara hidup umat Islam di negara ini berdasarkan input Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Larangan itu termasuk penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem Mentega Terbang yang diperihalkan dalam jadual yang bertentangan kepentingan awam di seluruh Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending