Terkini
Penerbit dan pengarah filem Mentega Terbang nafi lukakan perasaan agama lain
Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan agama lain dalam filem itu, lapor Kosmo.

- Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan agama lain dalam filem itu, lapor Kosmo.
- Pengarah filem itu, Mohd Khairi Anwar Jailani, 32, dan penerbitnya Tan Meng Kheng, 37, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka masing-masing di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd. Halim dan Aina Azahra Arifin.
- Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan-perkataan dalam pendengaran orang itu dan meletakkan objek-objek dalam penglihatan orang itu.
- Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Semarak Api di sini pukul 12.34 tengahari pada 26 Februari 2023.
- Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.
KUALA LUMPUR ā Pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan agama lain dalam filem itu, lapor Kosmo.
Pengarah filem itu, Mohd Khairi Anwar Jailani, 32, dan penerbitnya Tan Meng Kheng, 37, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka masing-masing di hadapan Majistret, Noorelynna Hanim Abd. Halim dan Aina Azahra Arifin.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan-perkataan dalam pendengaran orang itu dan meletakkan objek-objek dalam penglihatan orang itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Semarak Api di sini pukul 12.34 tengahari pada 26 Februari 2023.
Berikutan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling dan Abdul Malek Ayob manakala kedua-dua tertuduh diwakilli peguam N.Surandran dan Zaid Malek.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh Khairi diikat jamin RM6,000, manakala Meng Kheng RM6,500.
Tertuduh Khairi dikenakan syarat tambahan melapor diri di balai polis berdekatan sekali setiap bulan, manakala Meng Kheng tidak dikenakan syarat itu.
Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh dikenakan syarat dilarang memberikan apa-apa kenyataan berkaitan kes yang dipertuduhkan sehingga kes dilupuskan.
Mahkamah kemudian menetapkan 14 Mac depan bagi sebutan semula kes.
Sebelum ini, Meng Kheng menerima saman bertarikh 15 Januari 2024 untuk menjawab pertuduhan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.Ā
Media tempatan melaporkan Anna Har dari Freedom Film Network memaklumkan bahawa Khairi Anwar juga menerima saman pada tarikh yang sama. ā The Merdeka Times
