Connect with us

Terkini

Filem kontroversi Mentega Terbang dilarang tayang di Malaysia – KDN 

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Penapisan Filem (larangan) 2023 terhadap filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ yang didapati jelas bertentangan dengan akidah dan cara hidup umat Islam di negara ini oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Hidayah Sani

Published

on

Filem kontroversi Mentega Terbang dilarang tayang di Malaysia – KDN 
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Penapisan Filem (larangan) 2023 terhadap filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ yang didapati jelas bertentangan dengan akidah dan cara hidup umat Islam di negara ini oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • KDN dalam kenyataan berkata Perintah Larangan itu dikeluarkan melalui  Warta Kerajaan P.U.(A) 266 bertarikh 1 September 2023.
  • “Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem (Mentega Terbang) yang diperihalkan dalam Jadual yang bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.
  • “Bagi maksud Perintah ini, filem yang disebut dalam subperenggan(1) hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” kata kenyataan kementerian itu. 
  • The Merdeka Times sebelum ini melaporkan penulis, Zabidi Mohamed berpendapat filem arahan Khairi Anwar terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment mempunyai kriteria dan ciri-ciri blasphemy (penistaan/persendaan) terhadap Islam.

KUALA LUMPUR — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Penapisan Filem (larangan) 2023 terhadap filem kontroversi ‘Mentega Terbang’ yang didapati jelas bertentangan dengan akidah dan cara hidup umat Islam di negara ini oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

KDN dalam kenyataan  berkata Perintah Larangan itu dikeluarkan melalui  Warta Kerajaan P.U.(A) 266 bertarikh 1 September 2023.

Larangan itu berikutan filem terbabit didapati bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

“Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem (Mentega Terbang) yang diperihalkan dalam Jadual yang bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

“Bagi maksud Perintah ini, filem yang disebut dalam subperenggan(1) hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” kata kenyataan kementerian itu. 

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan penulis, Zabidi Mohamed berpendapat filem arahan Khairi Anwar terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment mempunyai kriteria dan ciri-ciri blasphemy (penistaan/persendaan) terhadap Islam.

Ia mengisahkan tentang Aisyah, remaja berusia 16 tahun yang mengkaji kitab suci pelbagai agama untuk mencari jawapan tentang kehidupan selepas mati dan tertarik pada kepercayaan kelahiran semula.

Advertisement

Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pada Mac lalu memaklumkan hasil penelitian JAKIM mendapati filem itu terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie. — The Merdeka Times

Sumber : Laman Web AGC

Author

Terkini

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat

Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
  • Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
  • “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.

Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.

“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.

“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Advertisement

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending