Connect with us

Terkini

(VIDEO) Tidak bantu DAP, MCA parti ada maruah – Ka Siong

Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA enggan turun berkempen bagi membantu calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Avatar

Published

on

Foto: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
  • Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA enggan turun berkempen bagi membantu calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.
  • Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ini kerana parti politik itu mempunyai maruah dan perasaan selepas dilemparkan kata-kata penghinaan daripada pemimpin DAP sendiri.
  • Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam siaran podcast dikendali dan dihoskan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan pada April lalu.
  • Menerusi siaran itu, Loke mengakui beliau tidak menyukai MCA selain mendakwa parti politik itu tidak mementingkan kepentingan rakyat, terutama masyarakat Cina di negara ini.
  • “Apa kamu ingat MCA ini tidak ada maruah atau perasaan ke. Apabila ahli parti saya terguris dengan kata-kata penghinaan pemimpin DAP, adakah saya selaku Presiden MCA hanya berdiam diri sahaja. Ini soal maruah dan dignity (martabat) parti saya.
  • “Maruah MCA yang lahir di bumi Malaysia sejak tahun 1949 sebuah parti yang menuntut kemerdekaan bersama UMNO dan MIC serta banyak berjasa dan berbakti kepada masyarakat berbilang kaum. 
  • “Eh masa bercakap kamu tak ingat dunia hentam MCA tak tentu arah dengan pelbagai tuduhan liar siap maki hamun dengan penuh kebencian. Sekarang mahu MCA berjiwa besar? Masa diperlukan pijak semut tak mati bila tak diperlukan diludah, dikahak sesuka hati,” kata Ka Siong dalam video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok beliau pada 23 April lalu.

KUALA LUMPUR – Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA enggan turun berkempen bagi membantu calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata ini kerana parti politik itu mempunyai maruah dan perasaan selepas dilemparkan kata-kata penghinaan daripada pemimpin DAP sendiri.

Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam siaran podcast dikendali dan dihoskan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan pada April lalu.

Menerusi siaran itu, Loke mengakui beliau tidak menyukai MCA selain mendakwa parti politik itu tidak mementingkan kepentingan rakyat, terutama masyarakat Cina di negara ini.

“Apa kamu ingat MCA ini tidak ada maruah atau perasaan ke. Apabila ahli parti saya terguris dengan kata-kata penghinaan pemimpin DAP, adakah saya selaku Presiden MCA hanya berdiam diri sahaja. Ini soal maruah dan dignity (martabat) parti saya.

“Maruah MCA yang lahir di bumi Malaysia sejak tahun 1949 sebuah parti yang menuntut kemerdekaan bersama UMNO dan MIC serta banyak berjasa dan berbakti kepada masyarakat berbilang kaum. 

“Eh masa bercakap kamu tak ingat dunia hentam MCA tak tentu arah dengan pelbagai tuduhan liar siap maki hamun dengan penuh kebencian. Sekarang mahu MCA berjiwa besar? Masa diperlukan pijak semut tak mati bila tak diperlukan diludah, dikahak sesuka hati,” kata Ka Siong dalam video yang dimuatnaik di aplikasi TikTok beliau pada 23 April lalu.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada DAP yang mengharapkan semangat ditonjolkan parti itu ketika berkempen bagi kemenangan calon BN daripada UMNO ketika PRK DUN Pelangai di Bentong, Pahang pada Oktober lalu, dapat ditunjukkan ketika PRK DUN Kuala Kubu Bharu nanti.

Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming sebelum ini dilaporkan berkata peranan dimainkan DAP yang berhempas-pulas ketika kempen PRK Pelangai lalu, berhasil meraih 98 peratus undi masyarakat Tiong Hua atau Cina di kawasan yang dijaga parti itu walaupun calon BN ketika itu daripada UMNO.

Justeru, beliau mengharapkan budi dan semangat yang sama dapat ditonjolkan pada PRK Kuala Kubu Baharu nanti iaitu agar BN, khususnya UMNO dapat melakukan perkara serupa berikutan calon pada PRK itu nanti dari DAP.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan adalah pada 11 Mei, manakala pengundian awal pada 7 Mei. – The Merdeka Times

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending