Terkini
Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas
Malaysia berpendirian teguh tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas dan terus komited untuk membanteras pembiayaan aktiviti keganasan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeriannya memahami kebimbangan Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
- “Mereka bertanyakan tentang komitmen kita terhadap usaha membanteras pembiayaan keganasan. Kita sebut dari sudut komitmen serantau di peringkat ASEAN ataupun di peringkat global atau di polisi di peringkat KDN sekalipun (tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas),” katanya.
- Saifuddin berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Sambutan Aidilfitri Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kajang, pada Khamis.
- Saifuddin berkata pada pertemuan itu Nelson turut menyuarakan berkenaan dakwaan pembabitan pertubuhan, individu dan syarikat di negara ini dalam aktiviti pembiayaan keganasan.
- “Kita tegaskan polisi Malaysia hanya mengiktiraf sekatan dikemukakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bukan sekatan oleh satu-satu negara dan delegasi AS menghormati pendirian kita,” katanya.
KUALA LUMPUR — Malaysia berpendirian teguh tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas dan terus komited untuk membanteras pembiayaan aktiviti keganasan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) memahami kebimbangan disuarakan Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.
“Pagi tadi (semalam), Brian Nelson (Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi Keganasan dan Risikan Kewangan) dan delegasinya menemui saya dan juga pasukan KDN. Perkara itu (pembiayaan keganasan) dibentangkan.
“Mereka bertanyakan tentang komitmen kita terhadap usaha membanteras pembiayaan keganasan. Kita sebut dari sudut komitmen serantau di peringkat ASEAN ataupun di peringkat global atau di polisi di peringkat KDN sekalipun (tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas),” katanya.
Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Sambutan Aidilfitri Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Kajang, pada Khamis.
Beliau berkata wakil AS itu juga dimaklumkan bahawa Malaysia mempunyai pelan strategik yang sangat jelas dalam menangani kegiatan pembiayaan dan penggubahan wang haram.
“Dasar dan strategi yang digariskan kita (KDN) selaras dengan ketetapan global baik di peringkat Basel Il atau Basel III (Perangkaan bebas indeks risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas). Mereka (AS) jelas tentang perkara itu dan mereka menghargai usaha yang kita buat,” katanya.
Saifuddin Nasution berkata pada pertemuan itu Nelson turut menyuarakan berkenaan dakwaan pembabitan pertubuhan, individu dan syarikat di negara ini dalam aktiviti pembiayaan keganasan.
“Apa yang mereka bentangkan kepada kita berdasarkan kepada maklumat sepihak yang mereka ada, yang memerlukan beberapa proses verifikasi di peringkat kita.
“Kita tegaskan bahawa polisi Malaysia hanya mengiktiraf sekatan yang dikemukakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bukan sekatan oleh satu-satu negara dan delegasi AS menghormati pendirian kita,” katanya.
Beliau berkata Malaysia sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan AS bagi membanteras isu pembiayaan keganasan dan perkara tersebut harus bersifat menyeluruh serta tidak boleh menjadi usaha sepihak sahaja. — BERNAMA
Terkini
Bertenang, warga Palestin tetamu kita – Menteri Agama
Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
- Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
- “Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
- “Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
- Terdahulu, tular di media sosial sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
- Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan.
KUALA LUMPUR – Semua pihak diminta bertenang dan tidak membuat kesimpulan melulu berhubung insiden membabitkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur di ibu negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata orang ramai tidak sepatutnya membuat penilaian hanya berdasarkan tindakan segelintir individu sahaja.
“Mereka (rakyat Palestin) adalah tetamu kita dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.
“Kita perlu memahami rakyat Palestin tertekan dengan keadaan di negara mereka. Keberadaan mereka di sini tanpa keluarga boleh menyebabkan mereka berasa tidak tenang,” katanya dipetik media tempatan selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Diri Solat Jumaat pertama Masjid Az-Zahrawi Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.
Mohd Na’im turut mengajak semua rakyat berdoa supaya rakyat Palestin diberikan kekuatan, kesabaran dan ketenangan.
Katanya, kerajaan akan terus berusaha dan memberi perhatian khusus terhadap perkara itu supaya insiden sedemikian tidak berulang.
Terdahulu, tular di media sosial tindakan sekumpulan warga Palestin membuat kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur sehingga menyebabkan kerosakan terhadap beberapa barangan di premis itu.
Kumpulan itu dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan anggota pasukan keselamatan yang tidak membenarkan salah seorang daripada mereka untuk menginap di luar pusat berkenaan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa1 day ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Antarabangsa1 day ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Terkini1 day ago
(VIDEO) Mengapa wirid Aurad Muhammadiah GISB sesat?
-
Antarabangsa1 day ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia