Connect with us

Terkini

MCCBCHST dakwa cadangan pindaan Akta 355 tidak berperlembagaan

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), termasuk meningkatkan hukuman kesalahan jenayah syariah tidak berperlembagaan kerana ia sebahagian undang-undang jenayah sedia ada yang disenaraikan di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), termasuk meningkatkan hukuman kesalahan jenayah syariah tidak berperlembagaan kerana ia sebahagian undang-undang jenayah sedia ada yang disenaraikan di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST).
  • Kumpulan itu berkata kuasa hukuman yang dipertingkatkan dan diberikan kepada Mahkamah Syariah akan membolehkan kesalahan berkaitan Hudud seperti mencuri, merompak, berzina, liwat dan mabuk dibicarakan di bawah undang-undang jenayah Islam. 
  • Menurut MCCBCHST kesalahan dinyatakan itu sudah menjadi sebahagian Senarai I Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan (Senarai Persekutuan) dan oleh itu kuasa tambahan tersebut tidak mengikut perlembagaan.
  • “Ia juga bermakna penubuhan sistem perundangan jenayah syariah yang selari, tidak mungkin di bawah sistem kami sekarang yang mempunyai perlembagaan tertinggi,” kata MCCBCHST dalam kenyataan dipetik Malay Mail pada Selasa.
  • Media pada 23 Mac lalu melaporkan Kerajaan selesai mengadakan sesi libat urus bersama negeri-negeri berhubung penambahbaikan Akta 355 yang antara lain melibatkan peningkatan hukuman.

KUALA LUMPUR — Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355), termasuk meningkatkan hukuman kesalahan jenayah syariah tidak berperlembagaan kerana ia sebahagian undang-undang jenayah sedia ada yang disenaraikan di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST).

Kumpulan itu berkata kuasa hukuman yang dipertingkatkan dan diberikan kepada Mahkamah Syariah akan membolehkan kesalahan berkaitan Hudud seperti mencuri, merompak, berzina, liwat dan mabuk dibicarakan di bawah undang-undang jenayah Islam. 

Menurut MCCBCHST kesalahan dinyatakan itu sudah menjadi sebahagian Senarai I Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan (Senarai Persekutuan) dan oleh itu kuasa tambahan tersebut tidak mengikut perlembagaan.

“Selanjutnya, kuasa hukuman yang dipertingkatkan ini akan bertentangan dengan struktur asas dan asas Perlembagaan.

“Ia juga bermakna penubuhan sistem perundangan jenayah syariah yang selari, tidak mungkin di bawah sistem kami sekarang yang mempunyai perlembagaan tertinggi,” kata MCCBCHST dalam kenyataan dipetik Malay Mail pada Selasa.

Media pada 23 Mac lalu melaporkan Kerajaan selesai mengadakan sesi libat urus bersama negeri-negeri berhubung penambahbaikan Akta 355 yang antara lain melibatkan peningkatan hukuman.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata libat urus itu penting memandangkan perkara berkaitan agama Islam adalah hak negeri-negeri berdasarkan perlembagaan.

“Dalam konteks sekarang mahkamah syariah hanya diberi bidang kuasa di bawah jenayah, boleh mengenakan hukuman yang maksimum iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan.

“…maknanya undang-undang sedia ada melibatkan kesalahan jenayah syariah seperti menghina agama umpamanya mahkamah tidak boleh mengenakan hukuman lebih dari itu,” kata Na’im dipetik media tempatan.

Mengulas lanjut, MCCBCHST berkata tiada pertindihan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan syariah seperti didakwa kerana isu itu berpunca daripada badan perundangan negeri meluluskan enakmen untuk membenarkan mahkamah syariah membicarakan kesalahan jenayah melebihi had Jadual Kesembilannya.

Kumpulan itu juga merayu kepada kerajaan persekutuan mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan mengenai cadangan pindaan berkenaan. — The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending