Connect with us

Antarabangsa

Kilang pengeluar dron Israel dirempuh, diduduki aktivis Palestin

Beberapa aktivis dari Palestine Action sekali lagi menyasarkan kilang dron Leicestershire milik Elbit, UAV Tactical Systems.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Protes oleh aktivis Palestin di kilang dron Leicestershire milik Elbit, UAV Tactical Systems.
  • Beberapa aktivis dari Palestine Action sekali lagi menyasarkan kilang dron Leicestershire milik Elbit, UAV Tactical Systems.
  • Sekumpulan aktivis didapati melanggar pagar dan memasuki perkarangan bangunan pengeluar senjata itu menggunakan lori di mana bangunan terbabit kemudiannya dipanjat dua aktivis, lapor Middle East Monitor (MEMO).
  • Pada masa sama, sekumpulan lain turut memanjat bangunan itu, menduduki bumbung syarikat pembuat dron milik Israel tersebut.
  • Cat merah disembur ke seluruh bangunan untuk melambangkan penglibatan syarikat yang didakwa terlibat menumpahkan darah Palestin, manakala mereka yang berada di atas bumbung menggunakan alatan untuk memecahkan dan mendedahkan kandungan kilang “pembunuhan” itu.
  • UAV Tactical Systems dimiliki secara majoriti pengeluar senjata terbesar Israel, Elbit Systems, yang menghasilkan 85 peratus daripada armada dron tentera Israel di samping senjata maut lain,” kata Palestine Action dalam satu kenyataan media. 

Beberapa aktivis dari Palestine Action sekali lagi menyasarkan kilang dron Leicestershire milik Elbit, UAV Tactical Systems.

Sekumpulan aktivis didapati melanggar pagar dan memasuki perkarangan bangunan pengeluar senjata itu menggunakan lori di mana bangunan terbabit kemudiannya dipanjat dua aktivis, lapor Middle East Monitor (MEMO).

Pada masa sama, sekumpulan lain turut memanjat bangunan itu, menduduki bumbung syarikat pembuat dron milik Israel tersebut.

Cat merah disembur ke seluruh bangunan sebagai lambang penglibatan syarikat yang didakwa terlibat menumpahkan darah Palestin, manakala mereka yang berada di atas bumbung menggunakan alatan untuk memecahkan dan mendedahkan kandungan kilang “pembunuhan” itu.

UAV Tactical Systems dimiliki secara majoriti pengeluar senjata terbesar Israel, Elbit Systems, yang menghasilkan 85 peratus daripada armada dron tentera Israel di samping senjata maut lain,” kata Palestine Action dalam satu kenyataan media. 

“Walaupun percubaan awal syarikat adalah untuk mengaburi hubungannya dengan Israel, lesen eksport terdahulu mendedahkan bahawa teknologi dron itu kerap dieksport dari kilang tersebut ke negara aparteid”.

Namun begitu, syarikat tersebut menafikan pembekalan kepada “tentera Israel atau Kementerian Pertahanan Israel”. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Jeti pelabuhan sementara $320 juta tentera AS di Gaza ‘pecah’ dibadai ombak kuat

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.
  • Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.
  • Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Koridor bantuan maritim Amerika Syarikat (AS) di Gaza gagal berfungsi akibat ombak kuat memecah pelabuhan sementara itu.

Al Jazeera melaporkan pembinaan dermaga sementara itu sebelum ini menelan belanja $320 juta dolar dan 1,000 tentera AS diperlukan untuk membinanya.

Jeti yang sepatutnya bertahan sehingga September itu cuma bertahan selama lebih daripada seminggu.

Pada ketika ia digunakan, ia dilaporkan menerima kira-kira 1,000 tan metrik makanan. 

Pentagon berkata akan menggantikan jeti itu tetapi tidak menjelaskan bilakah ia akan berlaku. 

Terdahulu, Pengarah Komunikasi Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyifatkan pembinaan pelabuhan sementara tentera AS itu merupakan langkah penyelesaian rumit di saat terdapat solusi yang lebih mudah iaitu penghantaran bantuan menerusi laluan darat. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending