Connect with us

Terkini

Kekalkan UiTM untuk Bumiputera sahaja, pelajar bukan Bumiputera boleh ambil Parallel Pathway – Senator DAP

Senator Dr RA Lingeshwaran dari DAP tidak bersetuju dengan tawaran Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menerima kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke program pascasiswazah pembedahan kardiotoraksnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Dr RA Lingeshwaran.
  • Senator Dr RA Lingeshwaran dari DAP tidak bersetuju dengan tawaran Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menerima kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke program pascasiswazah pembedahan kardiotoraksnya.
  • Dr Lingeshwaran, 37, menegaskan universiti awam itu harus terus berkhidmat kepada pelajar Bumiputera secara eksklusif, manakala pelajar bukan Bumiputera atau bukan Melayu boleh mengikuti Parallel Pathway untuk latihan kepakaran perubatan.
  • Penggubal undang-undang dari DAP itu berkata, tiada keperluan membuka UiTM untuk bukan Bumiputera kerana program Parallel Pathway sudah tersedia.
  • “Saya rasa kita perlu bekerjasama supaya Parallel Pathway dan program Master tempatan boleh bekerjasama dan kita lakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya dipetik CodeBlue dalam laporannya, baru-baru ini.
  • Membuka kemasukan ke program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks dengan kerjasama UiTM dan Institut Jantung Negara (IJN) kepada pelatih dan graduan pembedahan kardiotoraks Parallel Pathway bukan Bumiputera sebelum ini dicadangkan kepimpinan UiTM sebagai penyelesaian kepada polemik Parallel Pathway.
  • Majlis Perubatan Malaysia (MMC) pada Disember lalu dilaporkan menolak permohonan empat graduan perintis program pembedahan kardiotoraks Parallel Pathway untuk mendaftar sebagai pakar dalam National Specialist Register (NSR) kerana pengawal selia tidak mengiktiraf kelayakan Fellowship of the Royal College of Surgeons of Edinburgh (FRCS Ed) dalam kelayakan Pembedahan Kardiotoraks.

KUALA LUMPUR – Senator Dr RA Lingeshwaran dari DAP tidak bersetuju dengan tawaran Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk menerima kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke program pascasiswazah pembedahan kardiotoraksnya.

Dr Lingeshwaran, 37, menegaskan universiti awam itu harus terus berkhidmat kepada pelajar Bumiputera secara eksklusif, manakala pelajar bukan Bumiputera atau bukan Melayu boleh mengikuti Parallel Pathway untuk latihan kepakaran perubatan.

“Saya fikir UiTM sedang melalui cerun berbahaya kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan UiTM dan mengalihkan perlindungan saudara saudari (kaum) Bumiputera,” kata Dr Lingeshwaran dipetik CodeBlue dalam laporannya, baru-baru ini.

Membuka kemasukan ke program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks dengan kerjasama UiTM dan Institut Jantung Negara (IJN) kepada pelatih dan graduan pembedahan kardiotoraks Parallel Pathway bukan Bumiputera sebelum ini dicadangkan kepimpinan UiTM sebagai penyelesaian kepada polemik Parallel Pathway.

Majlis Perubatan Malaysia (MMC) pada Disember lalu dilaporkan menolak permohonan empat graduan perintis program pembedahan kardiotoraks Parallel Pathway untuk mendaftar sebagai pakar dalam National Specialist Register (NSR) kerana pengawal selia tidak mengiktiraf kelayakan Fellowship of the Royal College of Surgeons of Edinburgh (FRCS Ed) dalam kelayakan Pembedahan Kardiotoraks.

Mengulas lanjut, penggubal undang-undang dari DAP itu berkata, tiada keperluan membuka UiTM untuk bukan Bumiputera kerana program Parallel Pathway sudah tersedia.

“Saya rasa kita perlu bekerjasama supaya Parallel Pathway dan program Master tempatan boleh bekerjasama dan kita lakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya yang turut memuji program pascasiswazah pembedahan kardiotoraks UiTM-IJN, menyifatkannya sebagai “kebanggaan negara”.

UiTM tidak ditadbir perlembagaan universiti tetapi oleh Seksyen 1A Akta Universiti Teknologi MARA 1976 yang menetapkan UiTM ditubuhkan menurut dan mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, serta kepentingan sah masyarakat lain. – The Merdeka Times

Author

Terkini

JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
  • “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
  • “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
  • Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.

“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.

“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.

Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.

Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.

Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.

Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.

Foto: Tangkap layar hantaran Dolly Dim Sum di Facebook.

Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).

Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.

Foto: Kenyataan dikeluarkan Johnny’s Restaurant dan Black Canyon Malaysia.

Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending