Connect with us

Terkini

Perjanjian nuklear Saudi terbatal jika Riyadh enggan iktiraf Israel – Trump

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
  • Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menetapkan penyertaan Arab Saudi dalam Perjanjian Abraham dan normalisasi hubungan dengan Israel sebagai syarat utama bagi meluluskan kerjasama nuklear awam antara kedua-dua negara.
  • “Jika mereka tidak menyertai Perjanjian Abraham, perjanjian itu terbatal,” – Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt
  • Arab Saudi sebelum ini berulang kali menolak normalisasi hubungan dengan Israel tanpa laluan jelas ke arah penubuhan sebuah negara Palestin.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menetapkan penyertaan Arab Saudi dalam Perjanjian Abraham dan normalisasi hubungan dengan Israel sebagai syarat utama bagi meluluskan kerjasama nuklear awam antara kedua-dua negara.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, perjanjian itu akan dibatalkan sekiranya Riyadh enggan menyertai pakatan berkenaan.

“Jika mereka tidak menyertai Perjanjian Abraham, perjanjian itu terbatal,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Arab Saudi sebelum ini berulang kali menolak normalisasi hubungan dengan Israel tanpa laluan jelas ke arah penubuhan sebuah negara Palestin.

Washington dan Riyadh pada Rabu mengumumkan perjanjian yang membolehkan Arab Saudi membangunkan reaktor nuklear menggunakan teknologi AS. Bagaimanapun, timbul kekeliruan berhubung isu pengayaan uranium selepas Trump menegaskan kemudahan itu hanya untuk kegunaan awam dan tidak melibatkan pengayaan bahan nuklear.

Kenyataan itu dilihat berbeza daripada pengumuman awal pentadbiran AS yang menyatakan perjanjian berkenaan merangkumi kemungkinan pengayaan uranium dan pemprosesan semula sisa nuklear, dua kegiatan yang turut boleh membuka laluan kepada pembangunan senjata nuklear.

Perjanjian itu perlu melalui tempoh semakan Kongres selama 90 hari persidangan sebelum berkuat kuasa, selain kajian kebolehlaksanaan selama dua tahun bagi aspek pengayaan uranium.

Israel menyambut baik syarat yang dikenakan Trump. Pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan penyertaan Arab Saudi dalam Perjanjian Abraham sebagai satu langkah bersejarah ke arah keamanan di Asia Barat.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author