Connect with us

Antarabangsa

Lebih 16,000 madrasah diarah tutup di Uttar Pradesh, pendidik Muslim India bantah

Keputusan mahkamah di Uttar Pradesh (UP) mengarahkan penutupan ribuan sekolah agama atau madrasah di negeri paling ramai penduduk di India itu dibantah pendidik Muslim.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Keputusan mahkamah di Uttar Pradesh (UP) mengarahkan penutupan ribuan sekolah agama atau madrasah di negeri paling ramai penduduk di India itu dibantah pendidik Muslim.
  • Mahkamah Tinggi Allahabad dalam keputusannya pada 22 Mac lalu membatalkan Akta Pendidikan Madrasah Uttar Pradesh 2004 mengatakan ia melanggar prinsip sekularisme dalam Perlembagaan India. 
  • Ia disusuli arahan supaya semua pelajar sekolah Islam di Uttar Pradesh dipindahkan ke sekolah ‘biasa’.
  • Pemimpin parti pemerintah Parti Bharatiya Janata atau BJP berkata, keputusan itu akan memberi manfaat kepada masyarakat Muslim dengan menyediakan pelajar masyarakat itu peluang untuk belajar di sekolah arus perdana moden.
  • Perintah mahkamah itu secara langsung memberi kesan kepada sekitar 16,500 madrasah diiktiraf Lembaga Pendidikan Madrasah UP membabitkan 1.95 juta pelajar dan 100,000 guru, termasuk sebilangan pelajar bukan Islam.

Keputusan mahkamah di Uttar Pradesh (UP) mengarahkan penutupan ribuan sekolah agama atau madrasah di negeri paling ramai penduduk di India itu dibantah pendidik Muslim.

Mahkamah Tinggi Allahabad dalam keputusannya pada 22 Mac lalu membatalkan Akta Pendidikan Madrasah Uttar Pradesh 2004 mengatakan ia melanggar prinsip sekularisme dalam Perlembagaan India. 

Ia disusuli arahan supaya semua pelajar sekolah Islam di Uttar Pradesh dipindahkan ke sekolah ‘biasa’.

Pemimpin parti pemerintah Parti Bharatiya Janata atau BJP berkata, keputusan itu akan memberi manfaat kepada masyarakat Muslim dengan menyediakan pelajar masyarakat itu peluang untuk belajar di sekolah arus perdana moden.

Pemimpin Islam berkata keputusan itu mengabaikan pembaharuan bertahun lamanya  yang memodenkan madrasah di India dengan diperkenalkan sukatan pelajaran diluluskan pada peringkat nasional.

Ini termasuk mata pelajaran seperti fizik, kimia, matematik, pengaturcaraan komputer dan sains sosial.

“Perintah mahkamah itu melanggar Artikel 29 dan 30 Perlembagaan India yang menjamin hak agama minoriti untuk menubuhkan dan menjalankan institusi pendidikan pilihan mereka,” kata bekas Pengerusi Suruhanjaya Minoriti Delhi, Zafarul-Islam Khan dipetik VOA.

“Umat Islam dengan sepenuh hati mengalu-alukan madrasah moden, dan kita telah melihat pelajar yang berpendidikan madrasah menjadi penjawat awam, saintis, doktor, jurutera dan profesional moden yang lain.

“Namun, pihak berkuasa menutup semua madrasah yang bertentangan dengan kehendak dan kepentingan masyarakat Islam,” katanya.

Perintah mahkamah itu secara langsung memberi kesan kepada sekitar 16,500 madrasah yang diiktiraf Lembaga Pendidikan Madrasah UP membabitkan 1.95 juta pelajar dan 100,000 guru, termasuk sebilangan pelajar bukan Islam. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending