Connect with us

Terkini

Jika mahu UNDI18 berjaya, utamakan kebebasan bersuara mahasiswa

Pelopor kepada UNDI18, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, kerajaan tidak boleh mengambil sikap keterbelakang dengan menyekat mahasiswa untuk mengutarakan isu-isu semasa.

Wartawan TMT

Published

on

Jika mahu UNDI18 berjaya, utamakan kebebasan bersuara mahasiswa
Foto: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah).
  • Pelopor kepada UNDI18, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, kerajaan tidak boleh mengambil sikap keterbelakang dengan menyekat mahasiswa mengutarakan isu-isu semasa.
  • Jelas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu, sekiranya kerajaan ingin melihat UNDI18 berjaya pada PRU16 maka mahasiswa perlu dihidangkan dengan kebebasan untuk bersuara.
  • “Jika mahu UNDI18 itu berjaya, perlu ada mahasiswa yang cakna dengan isu-isu semasa dan kisahkan dengan masa depan negara.
  • “Jangan kita butakan mata dan bisukan mulut dan pekakkan telinga mereka kepada isu-isu negara,” katanya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) malam tadi.

BANGI – Pelopor kepada UNDI18, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan, kerajaan tidak boleh mengambil sikap keterbelakang dengan menyekat mahasiswa untuk mengutarakan isu-isu semasa.

Jelas Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu, sekiranya kerajaan ingin melihat UNDI18 berjaya pada Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16) maka mahasiswa perlu dihidangkan dengan kebebasan untuk bersuara.

“Jika mahu UNDI18 itu berjaya, perlu ada mahasiswa yang cakna dengan isu-isu semasa dan kisahkan dengan masa depan negara.

“Jangan kita butakan mata dan bisukan mulut dan pekakkan telinga mereka kepada isu-isu negara,” katanya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini malam tadi.

Turut hadir adalah Exco Dewan Pemuda Pas, Nazrul Nazir dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin.

Syed Saddiq berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mana kementerian itu tidak akan menghalang sesiapa memasuki institut-institut pengajian tinggi (IPT) termasuk ahli politik.

Bagaimanapun, Khaled berkata, pihak yang mahu mengadakan program perlu mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan universiti terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berharap agar KPT terus berpendirian untuk membenarkan program politik digerakkan di IPT untuk menarik minat mahasiswa terjun ke bidang politik.

“Saya faham kadangkala pendirian Kabinet dan kerajaan sudah ditetapkan tetapi di universiti masih terdapat keresahan dan kegagalan untuk melaksanakan prinsip yang telah dibincangkan.

“Saya berharap kita boleh ada lebih banyak forum sebegini dan rakan media dapat berikan liputan dan bagaimana pentadbiran UKM memberikan pentadbiran yang baik, progresif dan merupakan universiti pertama membawakan kerajaan dan pembangkang duduk bersama dan berdialog bersama-sama mahasiswa mengenai isu-isu semasa,” katanya lagi.

Untuk rekod, ini kali pertama Ahli Parlimen Muar itu dibenarkan untuk mengadakan siri jelajah di universiti awam.

Ia selepas beliau tidak dibenarkan mengadakan program dialog bersama-sama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 30 Mac lalu.

Syed Saddiq ketika itu dijadualkan akan mengadakan Program Jelajah Mansuh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang diadakan di Dataran cendekiawan UiTM Shah Alam jam 10 malam.

Sumber: Malaysia Gazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending