Connect with us

Terkini

Syed Saddiq fail rayuan ketepikan sabitan, hukuman diputuskan Mahkamah Tinggi

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan rayuan bagi mengetepikan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi pagi ini yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta terhadapnya.

Wartawan TMT

Published

on

Syed Saddiq fail rayuan ketepikan sabitan, hukuman diputuskan Mahkamah Tinggi
Foto: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan rayuan bagi mengetepikan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi pagi ini yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta terhadapnya.
  • Peguam bela Syed Saddiq, Haijan Omar berkata pihaknya memfailkan notis rayuan itu di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi di sini pada jam 3 petang tadi mengikut peruntukan Seksyen 307 Kanun Prosedur Jenayah. 
  • Haijan Omar berkata pihaknya dikehendaki memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh 10 hari selepas menerima rekod rayuan, lapor Berita Harian.
  • Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid pada pagi tadi mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan rayuan bagi mengetepikan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi pagi ini yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta terhadapnya.

Peguam bela Syed Saddiq, Haijan Omar berkata pihaknya memfailkan notis rayuan itu di Pejabat Pendaftaran Jenayah Mahkamah Tinggi di sini pada jam 3 petang tadi mengikut peruntukan Seksyen 307 Kanun Prosedur Jenayah. 

Haijan Omar berkata pihaknya dikehendaki memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh 10 hari selepas menerima rekod rayuan, lapor Berita Harian.

Mahkamah Tinggi pagi tadi membenarkan permohonan seorang lagi peguam bela Syed Saddiq, Gobind Singh Deo untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara, denda dan sebatan ke atas anak guamnya.

Terdahulu, Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.

Hakim memutuskan Syed Saddiq yang juga bekas Ketua ARMADA bersalah terhadap semua empat tuduhan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi kesalahan bersubahat pecah amanah wang ARMADA berjumlah RM1 juta, Azhar memerintahkan Syed Saddiq dipenjara tiga tahun dan satu sebatan manakala bagi tuduhan salah guna wang RM120,000 pula, beliau diperintahkan dihukum penjara dua tahun dan juga satu sebatan.

Bagi satu tuduhan pertama pengubahan wang haram pula, Syed Saddiq diperintahkan menjalani hukuman penjara lima tahun dan denda RM5 juta dan tambahan dua tahun penjara jika gagal bayar denda.

Sementara itu, bagi tuduhan kedua pengubahan wang haram, dia perlu menjalani hukuman penjara selama dua tahun dan didenda RM5 juta serta tambahan dua tahun penjara jika gagal membayar denda berkenaan.

Azhar bagaimanapun memerintahkan supaya kedua-dua hukuman penjara bagi kesalahan pengubahan wang haram terbabit, supaya berjalan secara serentak. — The Merdeka Times

Author

Terkini

(VIDEO) Isu ‘politik bodoh’ tiada kaitan Perkara 153, Menteri Kesihatan & KPT selesai segera isu ‘Parallel Pathway’ ! – KJ

Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan (kiri), Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (tengah bawah), Menteri Pendidikan Tinggi, Dato Seri Zambry Abdul Kadir (tengah atas) dan Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan).
  • Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).
  • Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.
  • KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
  • So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .
  • “UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya,” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.
  • Media sebelum ini melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).
  • Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

KUALA LUMPUR — Menteri Kesihatan, Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Pengarah Kesihatan digesa segera menyelesaikan isu pendaftaran dan perakuan graduan pembedahan kardiotoraks dan pelatih di bawah Program Parallel Pathway untuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) mendakwa isu itu tercetus kerana Ketua Pengarah Kesihatan yang juga Presiden Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tidak mengiktiraf kepakaran graduan daripada program tersebut.

KJ berkata permasalahan itu berlanjutan terlalu lama hingga menjadi perdebatan beberapa pihak dan membabitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan seperti Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

So kalau tak iktiraf then fix the problem quickly. Sebab kita tak boleh nak tunggu ada satu cohort pelajar pegawai perubatan yang sekarang ini stuck .

“UiTM dia tak boleh pergi sebab tiada guarantee (jaminan) yang dia akan dia akan didaftar sebagai specialty dan dia terpaksa berdepan isu politik yang bodoh ini yang sebenarnya tak ada kaitan langsung dengan isu spesifik ini dibesarkan dijadikan sampai isu 153 Perlembagaan Persekutuan sebagainya. 

We want to settle a very specific problem so menteri kesihatan, menteri pengajian tinggi, ketua pengarah kesihatan this problem has gone on long enough (masalah ini telah berlarutan cukup lama) dan dia dah menjadi masalah percakapan dan juga perdebatan yang bodoh yang sekarang ini melibatkan benda yang sepatutnya tak dilibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan istimewa orang Melayu dan sebagainya.

“Selesaikanlah isu ini, I mean you are the ministers, you are the director general of health for god’s sake, get it done, (Maksud saya, anda adalah menteri, anda adalah ketua pengarah kesihatan demi tuhan, selesaikan isu ini),” katanya menerusi klip video dimuat naik di Instagram @keluar.sekejap di sini hari ini.

Portal berita kesihatan CodeBlue pada April lalu melaporkan Anggota Lembaga Program Pascasiswazah Pembedahan Kardiotoraks UiTM-IJN, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar mendedahkan UiTM bersedia membuka program berkenaan secara sementara kepada pelatih dan graduan Parallel Pathway bukan bumiputera sehingga program sama dibuka di Universiti Malaya (UM).

Perkara itu menimbulkan pertikaian beberapa pihak yang mendakwanya sebagai mengganggu-gugat hak orang Melayu dan bumiputera susulan Fasal 1A Akta UiTM 1976 (Akta 173) memperuntukkan dengan jelas penubuhan UiTM adalah selaras Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Memetik laporan Malaysiakini, difahamkan pada 20 Mac lalu terdapat empat graduan yang menjalankan program latihan ijazah lanjutan kepakaran bersama Royal College of Surgeons Edinburgh dalam pembedahan kardiotoraks memfailkan permohonan semakan kehakiman bersama di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ia adalah untuk mencabar keputusan MMC yang menolak permohonan graduan terbabit pada 21 Disember lalu untuk berdaftar di Pendaftaran Pakar Kebangsaan (NSR).

MMC dikatakan menolak pendaftaran mereka kerana kelulusan Persekutuan Kolej Pakar Bedah Diraja Edinburgh dalam Pembedahan Kardiotoraks (FRCS Ed) tidak diiktiraf. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending