Connect with us

Antarabangsa

X haramkan slogan ‘from the river to the sea, Palestine will be free’

Pemilik X, Elon Musk mengharamkan slogan ‘dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’ dan beberapa istilah yang dikaitkan dengan perang Israel ke atas Genting Gaza termasuk ‘penjajahan’.

Wartawan TMT

Published

on

X haramkan slogan ‘from the river to the sea, Palestine will be free’
Foto: Pemilik X, Elon Musk.
  • Pemilik X, Elon Musk mengharamkan slogan ‘dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’ dan beberapa istilah yang dikaitkan dengan perang Israel ke atas Genting Gaza termasuk ‘penjajahan’.
  • Menurut Musk, pengguna yang melanggar peraturan itu menyaksikan akaun mereka digantung serta-merta daripada platform tersebut.
  • Musk mendakwa, slogan dan istilah berkenaan umpama menyokong pembunuhan beramai-ramai.

SAN FRANCISCO: Pemilik X, Elon Musk mengharamkan slogan ‘dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’ dan beberapa istilah yang dikaitkan dengan perang Israel ke atas Genting Gaza termasuk ‘penjajahan’.

Menurut Musk, pengguna yang melanggar peraturan itu menyaksikan akaun mereka digantung serta-merta daripada platform tersebut.

Musk mendakwa, slogan dan istilah berkenaan umpama menyokong pembunuhan beramai-ramai.

Sejak sebulan lalu, penduduk dunia melaungkan slogan ‘dari sungai ke laut, Palestin akan bebas’ bagi menzahirkan kebebasan untuk tanah Palestin dan rakyatnya.

Namun bagi Israel, slogan tersebut disifatkan sebagai ‘panggilan untuk melakukan keganasan’ selain melabelkannya sebagai anti-Semitik atau jenayah kebencian terhadap orang Yahudi.

Aktivis pro-Palestin mengkritik tindakan Musk dan menuduhnya mengehadkan kebebasan bersuara.

Minggu lalu, Jurucakap Rumah Putih, Andrew Bates, mendakwa Musk mempromosikan kebencian anti-Semitik dan perkauman yang bertentangan dengan nilai teras rakyat Amerika Syarikat (AS).

Advertisement

Tuduhan itu mendorong syarikat utama AS yang pro-Israel termasuk Walt Disney Co, Warner Bros Discovery dan syarikat induk NBCUniversal, Comcast menghentikan iklan mereka di X.

Musk memutuskan untuk mengubah peraturan kandungan sejak membeli X yang dahulunya dipanggil Twitter pada Oktober 2022.

Langkah itu tidak disenangi beberapa pihak termasuk Penguatkuasa teknologi tertinggi Kesatuan Eropah (EU) yang memberi amaran kepada Musk supaya X perlu menyederhanakan kandungan maklumatnya. – Sinar Harian memetik agensi

Sumber: Astro Awani

Author

Advertisement

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending