Connect with us

Terkini

KKM digesa tingkatkan SOP kru kabin sebelum penerbangan semula ke China 8 Januari ini

Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mempertingkatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pekerja industri penerbangan sebelum penerbangan dari China diaktifkan semula pada 8 Januari ini.

Rasyidah Zulkifli

Published

on

KKM digesa tingkatkan SOP kru kabin sebelum penerbangan semula ke China 8 Januari ini
Foto: Ismail Nasaruddin.
  • Gesaan dibuat Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin supaya SOP KKM diperjelaskan kepada semua kru kabin penerbangan sebelum 8 Januari 2023.
  • “NUFAM berharap agar KKM memberi penjelasan awal atas SOP pemakaian pelitup muka apabila penerbangan dari China diaktifkan semula pada 8 Januari,” katanya.
  • Ismail berkata walaupun kes  Covid-19 sudah reda di dalam negara, namun masih terdapat laporan menyatakan ia sudah merebak ke negara lain.
  • “Kita tidak mahu mendengar aduan teguran dari pekerja mengenai pengurusan mereka meletak syarat sendiri mengenai pemakaian pelitup muka,” katanya.

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (NUFAM) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mempertingkatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi pekerja industri penerbangan sebelum penerbangan dari China diaktifkan semula pada 8 Januari ini.

Presidennya, Ismail Nasaruddin berkata prosedur itu buat kru-kru kabin penerbangan dan semua kakitangan yang bekerja di lapangan terbang.

“Ramai ahli kesatuan kami masih dalam keraguan dan ada yang bertanya adakah SOP baru diperlukan buat mereka yang bekerja terutama sekali dalam penerbangan keluar masuk ke negara China. 

“Isu ini masih belum mendapat kepastian tetapi NUFAM berharap agar KKM dapat memberi penjelasan awal atas SOP pemakaian pelitup muka apabila penerbangan dari China diaktifkan semula pada 8 Januari ini.

“Jika keperluan pemakaian pelitup muka dalam penerbangan ke negara yang mempunyai kes tinggi, KKM harus memberi penjelasan mengenai SOP baru bukan hanya kepada penumpang tetapi juga kepada pekerja di lapangan terbang,” katanya dalam kenyataan media kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Pada amnya, pemakaian pelitup muka perlu dilaksanakan bagi kakitangan syarikat penerbangan yang berdepan dengan penumpang terutama sekali dari luar negara. 

Ismail berkata walaupun kes  Covid-19 sudah reda di dalam negara, namun masih terdapat laporan menyatakan ia sudah merebak ke negara lain.

“Saya berharap syarikat penerbangan juga dapat menggalakan pekerja mereka memakai pelitup muka demi kesihatan diri pekerja.

“Kita tidak mahu mendengar masalah atau aduan teguran dari pekerja mengenai pengurusan mereka meletak syarat sendiri mengenai pemakaian pelitup muka. 

“NUFAM tidak mahu ada pekerja yang terkesan dengan kes Covid-19 apabila mereka tidak boleh bekerja dan akhirnya terpaksa dikuarantinkan di rumah,” katanya.

Beliau berkata pendapatan bulanan kru kabin yang terpaksa menjalankan kuarantin akibat dijangkiti Covid-19 akan terjejas.

“SOP untuk kaum pekerja harus juga lebih jelas atas usaha untuk mengelakkan sebarang jangkitan berlaku di tempat kerja,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending