Antarabangsa
China ingatkan rakyatnya jauhi perjudian
Kedutaan China di Singapura mengingatkan warganya di republik itu untuk tidak terlibat dalam aktiviti perjudian.

- Kedutaan China di Singapura mengingatkan warganya di republik itu untuk tidak terlibat dalam aktiviti perjudian.
- Menurut portal Lianhe Zaobao, Kedutaan China di Singapura membuat hantaran di akaun rasmi WeChat pada 18 Mac lalu menekankan undang-undang China melarang keras aktiviti perjudian.
- Kedutaan itu berkata aktiviti perjudian rentas sempadan telah dimasukkan dalam pindaan undang-undang jenayah negara itu.
KUALA LUMPUR – Kedutaan China di Singapura mengingatkan warganya di republik itu untuk tidak terlibat dalam aktiviti perjudian.
Kedutaan China di Singapura membuat hantaran di akaun rasmi WeChat pada 18 Mac lalu menekankan undang-undang China melarang keras aktiviti perjudian.
Kedutaan itu berkata aktiviti perjudian rentas sempadan telah dimasukkan dalam pindaan undang-undang jenayah negara itu.
Ini bermakna warga China terlibat dalam aktiviti perjudian, termasuk di kasino berdaftar di luar negara, juga akan dianggap sebagai melanggar undang-undang.
“Untuk perbuatan yang menyalahi undang-undang, kedutaan mungkin tidak dapat memberikan perlindungan konsular,” kata Kedutaan China di Singapura dipetik portal Lianhe Zaobao.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata pendirian China terhadap perjudian rentas sempadan adalah konsisten dan jelas.
Katanya, China tidak membenarkan pelaburan dalam kasino tempatan, warga China tidak dibenarkan menyertai operasi kasino tempatan dan kasino tempatan juga tidak dibenarkan membuat promosi kepada warga China. – The Merdeka Times
