Connect with us

Antarabangsa

Menteri ‘ekstremis’ Israel ceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa

Menteri ‘ekstremis’ Israel, Itamar Ben-Gvir pada Selasa melakukan tindakan provokasi dengan menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif) buat pertama kali sejak menyertai kerajaan gabungan baharu.

Wartawan TMT

Published

on

Menteri 'ekstremis' Israel ceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa
Foto: Itamar Ben-Gvir.
  • “Kuil Gunung adalah tempat paling penting buat penduduk Israel dan kami mengekalkan kebebasan bergerak untuk orang Muslim dan Kristian. Penduduk Yahudi juga mempunyai hak,” –  Menteri Israel, Itamar Ben-Gvir 
  • Sebelum ini, Ben-Gvir telah melobi untuk merombak pengurusan lokasi itu yang ditadbir oleh Majlis Hal Ehwal Islam Waqf bagi membenarkan golongan Yahudi beribadat di situ, namun langkah itu ditentang pihak berkuasa rabai arus perdana.
  • Ben-Gvir diiringi pasukan rejim Zionis bersama sebuah dron yang berlegar-legar di ruang udara tempat ketiga paling suci bagi orang Islam tersebut. – Pengawal Waqf
  • Kementerian Luar Palestin turut mengecam tindakan provokatif yang berpotensi cetuskan konflik seperti Intifada Kedua yang berpunca dari lawatan kontroversi, Ariel Sharon pada tahun 2000.

BAITULMAQDIS – Menteri ‘ekstremis’ Israel, Itamar Ben-Gvir pada Selasa melakukan tindakan provokasi dengan menceroboh pekarangan Masjid al-Aqsa (Haram al-Sharif) buat pertama kali sejak menyertai kerajaan gabungan baharu.

“Kerajaan kami tidak akan sesekali menyerah kepada ancaman Hamas,” katanya dengan angkuh sebagai respons terhadap amaran diberikan gerakan tersebut yang menyifatkan ia sebagai perbuatan melangkaui ‘garisan merah’.

Pencerobohan itu dibuat beberapa hari selepas Ben-Gvir dilantik sebagai Menteri Keselamatan Negara yang memberikan kuasa lebih meluas untuk mengawal pasukan polis.

“Kuil Gunung adalah tempat paling penting buat penduduk Israel dan kami mengekalkan kebebasan bergerak untuk orang Muslim dan Kristian. Penduduk Yahudi juga mempunyai hak,” ujarnya merujuk kepada Haram al-Sharif dalam satu kenyataan yang dijangka membangkitkan lagi kemarahan orang Islam.

Sebelum ini, Ben-Gvir telah melobi untuk merombak pengurusan lokasi itu yang ditadbir oleh Majlis Hal Ehwal Islam Waqf bagi membenarkan golongan Yahudi beribadat di situ, namun langkah itu ditentang pihak berkuasa rabai arus perdana.

Menurut pengawal Waqf, Ben-Gvir diiringi pasukan rejim Zionis bersama sebuah dron yang berlegar-legar di ruang udara tempat ketiga paling suci bagi orang Islam tersebut.

Kementerian Luar Palestin turut mengecam tindakan provokatif yang berpotensi mencetuskan konflik seperti Intifada Kedua yang berpunca daripada lawatan kontroversi, Ariel Sharon pada tahun 2000. – AFP

Sumber: Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending