Antarabangsa
Rumah kediaman komersial dijadikan rumah abu mayat
Fenomena rumah komersial dijadikan rumah untuk meletak abu mayat wujud di beberapa kawasan di China.
- Fenomena rumah komersial dijadikan rumah untuk meletak abu mayat wujud di beberapa kawasan di China.
- Antara faktor fenomena ini wujud adalah disebabkan harga tanah perkuburan di negara itu terlalu tinggi terutamanya di pusat bandar.
- Penduduk tempatan berkata tanah perkuburan yang kualitinya biasa akan mencecah RMB100,000 (RM65,000).
- Rumah komersial China merupakan bangunan rumah dibina pemaju hartanah lalu dijual secara komersial kepada pembeli, kebiasaannya dijadikan sebagai rumah kediaman.
Fenomena rumah komersial dijadikan rumah untuk meletak abu mayat wujud di beberapa kawasan di China.
Legal Daily melaporkan wujud individu yang membeli rumah komersial dan menjadikannya khas untuk meletakkan abu mayat.
Malahan, penduduk tempatan berkata di sesetengah bangunan didiami penduduk, akan wujud beberapa ‘rumah abu mayat’ di bangunan sama.
Kebiasaannya, tingkap rumah digunakan untuk meletak abu mayat akan ditutup mati.
Antara faktor fenomena ini wujud adalah disebabkan harga tanah perkuburan di negara itu terlalu tinggi, terutama di pusat bandar.
Penduduk tempatan berkata tanah perkuburan yang kualitinya biasa akan mencecah RMB100,000 (RM65,000).
“Tujuan rumah komersial adalah untuk didiami, bukan untuk menyimpan abu si mati. Penggunaan ini berbeza dengan ‘kediaman’ yang biasa difahami,” kata Zhen Ning, Ketua Jabatan Undang-undang Fakulti Pengurusan Industri Budaya Universiti Komunikasi China ketika mengulas kesahan tindakan itu di sisi undang-undang.
Rumah komersial China merupakan bangunan rumah dibina pemaju hartanah dijual secara komersial kepada pembeli, kebiasaannya dijadikan sebagai rumah kediaman. – The Merdeka Times
Antarabangsa
NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
- Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
- Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
- Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
- Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.
Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat.
Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.
Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear.
Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times