Connect with us

Terkini

Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan dinaik taraf – PMX

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.
  • Beliau berkata untuk dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menambah landasan sejauh 400 meter (m) lagi.
  • “Fasa satu sudah siap dan Menteri Besar (Datuk Mohd Nassuruddin Daud) ucap terima kasih.
  • “Namun, beliau minta tambah lagi (pembangunan landasan) sepanjang 400m untuk jadikan lapangan terbang itu international (antarabangsa),” katanya dipetik Berita Harian di Tunjong, Kelantan, semalam.
  • Mengulas lanjut, Anwar berkata sekiranya siap dinaik taraf, ia akan membolehkan perjalanan haji dan umrah terus dari Kelantan.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan akan dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Beliau berkata untuk dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menambah landasan sejauh 400 meter (m) lagi.

“Fasa satu sudah siap dan Menteri Besar (Datuk Mohd Nassuruddin Daud) ucap terima kasih.

“Namun, beliau minta tambah lagi (pembangunan landasan) sepanjang 400m untuk jadikan lapangan terbang itu international (antarabangsa),” katanya dipetik Berita Harian di Tunjong, Kelantan, semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata sekiranya siap dinaik taraf, ia akan membolehkan perjalanan haji dan umrah terus dari Kelantan.

Terdahulu, media melaporkan fasa satu terminal baharu LTSIP mula beroperasi pada Rabu lalu, yang mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua akan dilaksanakan serta-merta dan dijangka dapat menampung empat juta penumpang.

Terminal baharu itu memiliki lebih 20 kaunter penerbangan, parkir kenderaan bertingkat, laluan khas untuk pemandu teksi, balai bomba dan penyelamat terminal, pertambahan ruang tempat meletak kapal terbang serta sistem operasi tanpa tunai LTSIP untuk memudahkan penumpang. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending