Connect with us

Terkini

JAKIM wujud talian khas 24 jam terima aduan berkaitan isu hina Islam

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mewujudkan talian khas 24 jam bagi menerima aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata talian khas yang beroperasi semalam itu menerusi saluran aduan di talian 017-3234533 (WhatsApp).
  • Menurutnya, aduan juga boleh dibuat menerusi emel di [email protected].
  • “Pihak JAKIM telah diminta untuk bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) serta lain-lain pihak berkaitan untuk menangani isu penghinaan kepada agama Islam.
  • “Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru semua pihak untuk sentiasa bertanggungjawab bagi memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mewujudkan talian khas 24 jam bagi menerima aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata talian khas yang beroperasi semalam itu menerusi saluran aduan di talian 017-3234533 (WhatsApp).

Menurutnya, aduan juga boleh dibuat menerusi emel di [email protected].

“Pihak JAKIM telah diminta untuk bekerjasama dengan pihak Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) serta lain-lain pihak berkaitan untuk menangani isu penghinaan kepada agama Islam.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru semua pihak untuk sentiasa bertanggungjawab bagi memelihara perpaduan dan keharmonian dalam negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook semalam.

Beliau turut menegaskan sebarang bentuk provokasi dan tindakan ekstrem perlu dihentikan. 

“Perpaduan adalah nikmat yang perlu dipertahankan demi mencapai cita-cita Membangun Malaysia Madani,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending