Connect with us

Terkini

Hukuman sebat dalam Islam tidak seberat hukuman sivil – Mufti Terengganu

Semua pihak perlu sedar kesan hukuman sebat dalam Islam tidak sama dengan hukuman sivil yang boleh mengakibatkan kecederaan serius terhadap pesalah dalam jangka panjang.

Avatar

Published

on

Foto: Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron.
  • Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata meskipun hukuman sebat dalam Islam sekalipun tidak seberat hukuman sivil, keinsafan yang ada dalam hati penjenayah dilihat sebagai amat penting.
  • “Hukuman sebat sivil tidak mengambil kira keredaan Allah SWT, manakala hukuman jenayah Islam dari segi syariat yang terdiri daripada hudud, qisas dan ta’zir yang berpandukan wahyu bagi mencapai keredaan Allah SWT. 
  • “Hanya Allah SWT sahaja yang boleh memberikan keinsafan bukan hukuman semata-mata. Untuk itu wajar ada institusi khas, fakulti khas atau universiti khas yang wujud untuk meneliti hal ini satu persatu agar jelas dan tidak menimbulkan kekeliruan atau fitnah,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam.
  • Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Kerajaan Negeri Terengganu yang sedang mempertimbangkan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai atau tempat awam seperti kawasan masjid atau sebagainya.

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu sedar kesan hukuman sebat dalam Islam tidak sama dengan hukuman sivil yang boleh mengakibatkan kecederaan serius terhadap pesalah dalam jangka panjang.

Mufti Terengganu, Prof Madya Dr Mohamad Sabri Haron berkata meskipun hukuman sebat dalam Islam sekalipun tidak seberat hukuman sivil, keinsafan yang ada dalam hati penjenayah dilihat sebagai amat penting.

“Hukuman sebat sivil tidak mengambil kira keredaan Allah SWT, manakala hukuman jenayah Islam dari segi syariat yang terdiri daripada hudud, qisas dan ta’zir yang berpandukan wahyu bagi mencapai keredaan Allah SWT. 

“Hanya Allah SWT sahaja yang boleh memberikan keinsafan bukan hukuman semata-mata. Untuk itu wajar ada institusi khas, fakulti khas atau universiti khas yang wujud untuk meneliti hal ini satu persatu agar jelas dan tidak menimbulkan kekeliruan atau fitnah,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Kerajaan Negeri Terengganu yang sedang mempertimbangkan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai atau tempat awam seperti kawasan masjid atau sebagainya.

Sabri bagaimanapun berpendapat perkara itu wajar diteliti bagi mengelak sebarang fitnah atas nama Islam.

“Hukuman jenayah Islam seperti memotong tangan pencuri sebagai contoh perlu diketahui tindakan apa yang perlu dilakukan sebelum atau selepas hukuman dijalankan.

“Tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan khusus supaya tidak melarat jangkitan kuman ke bahagian anggota yang lain. Untuk itu wajar diteliti secara menyeluruh apabila ingin bertindak atas nama Islam,” katanya. 

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menegaskan pelaksanaan hukuman sebat syariah di tempat awam yang sedang dalam pertimbangan kerajaan negeri bukan cadangan tindakan semberono.

Beliau dilaporkan berkata pihaknya terlebih dahulu merujuk pihak yang lebih arif dan pakar dalam bidang berkenaan.

Katanya, Kerajaan Negeri berusaha sebaik mungkin dalam usaha memperkasakan agenda pelaksanaan syariah di Terengganu, antaranya meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 dengan memaksimumkan keseluruhan hukuman jenayah syariah kepada tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal yang lalu. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending