Antarabangsa
Lelaki kematian isteri kahwin ibu mertua di India
Seorang lelaki berkahwin dengan ibu mertuanya selepas bapa mertuanya mengetahui berkenaan hubungan sulit mereka di Kampung Heer Moti, Banka, Bihar, India.

- Seorang lelaki berkahwin dengan ibu mertuanya selepas bapa mertuanya mengetahui berkenaan hubungan sulit mereka di Kampung Heer Moti, Banka, Bihar, India.
- Sikandar Yadav, 45, bapa kepada dua anak, memutuskan untuk tinggal bersama mertuanya, Dileshwar Darve dan Geeta Devi, 55, selepas kematian isterinya.Ā
- Keadaan berubah apabila Dileshwar Darve menangkap mereka dan memaklumkan panchayat (pentadbiran desa tempatan) berkenaan hubungan rahsia itu.
- Selepas Sikandar meluahkan perasaan terhadap ibu mertuanya di hadapan panchayat dan penduduk kampung, Dileshwar Darve dan panchayat bersetuju untuk mengahwinkan Sikandar dan Geeta.
Seorang lelaki berkahwin dengan ibu mertuanya selepas bapa mertuanya mengetahui berkenaan hubungan sulit mereka di Kampung Heer Moti, Banka, Bihar, India.
Sikandar Yadav, 45, bapa kepada dua anak, memutuskan untuk tinggal bersama mertuanya, Dileshwar Darve dan Geeta Devi, 55, selepas kematian isterinya.Ā
Keadaan berubah apabila Dileshwar Darve menangkap mereka dan memaklumkan panchayat (pentadbiran desa tempatan) berkenaan hubungan rahsia itu.
Selepas Sikandar meluahkan perasaan terhadap ibu mertuanya di hadapan panchayat dan penduduk kampung, Dileshwar Darve dan panchayat bersetuju untuk mengahwinkan Sikandar dan Geeta.
Bapa mertuanya dilaporkan menguruskan segala urusan berkaitan perkahwinan.
Bercakap kepada pemberita, Sikandar berkata dia dengan gembira bersetuju dengan perkahwinan itu.
Video majlis itu tular di media sosial di mana Sikandar dilihat menyapu sindoor (serbuk merah) di dahi ibu mertuanya. ā The Merdeka times
