Connect with us

Terkini

Lebih 100 cawangan KFC ditutup, henti operasi sementara akibat boikot

108 cawangan KFC yang dimiliki QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd di seluruh Malaysia telah berhenti operasi sementara kesan gelombang boikot perang di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 108 cawangan KFC yang dimiliki QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd di seluruh Malaysia telah berhenti operasi sementara kesan gelombang boikot perang di Gaza.
  • Nanyang Siang Pau pada 27 April lalu melaporkan KFC menjadi perniagaan yang terkesan dalam gelombang boikot apabila lebih 10 peratus cawangannya di seluruh Malaysia berhenti operasi.
  • Katanya, Kelantan merupakan negeri yang paling terkesan di mana hampir 80 peratus (21 cawangan) ditutup di negeri itu.
  • Semalam, QSR Brands dan KFC Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan mereka menutup sementara lebih daripada 100 cawangan KFC bagi menguruskan peningkatan kos perniagaan dan memberi tumpuan kepada operasi perniagaan di kawasan lebih baik.

KUALA LUMPUR – 108 cawangan KFC yang dimiliki QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd di seluruh Malaysia telah berhenti operasi sementara kesan gelombang boikot perang di Gaza.

Nanyang Siang Pau pada 27 April lalu melaporkan KFC menjadi perniagaan yang terkesan dalam gelombang boikot apabila lebih 10 peratus cawangannya di seluruh Malaysia berhenti operasi.

Katanya, Kelantan merupakan negeri yang paling terkesan di mana hampir 80 peratus (21 cawangan) ditutup di negeri itu.

Cawangan di negeri lain yang ditutup termasuk Johor (15 cawangan), Kedah (11 cawangan), Terengganu (10 cawangan), Pahang (10 cawangan), Perak (9 cawangan), Negeri Sembilan (6 cawangan), Perlis (2 cawangan), Melaka (2 cawangan), Pulau Pinang (5 cawangan), Kuala Lumpur (3 cawangan), Selangor (11 cawangan), Sabah (1 cawangan) dan Sarawak (2 cawangan).

Semalam, QSR Brands dan KFC Malaysia dalam satu kenyataan mengesahkan mereka menutup sementara lebih daripada 100 cawangan KFC bagi menguruskan peningkatan kos perniagaan dan memberi tumpuan kepada operasi perniagaan di kawasan lebih baik.

“Kakitangan dari cawangan yang terjejas ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan yang masih beroperasi sebagai sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber dalam zon perniagaan yang menerima pelanggan yang lebih tinggi,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending