Connect with us

Antarabangsa

Universiti UK henti hubungan dengan syarikat senjata Israel

Sebuah universiti di United Kingdom (UK) menghentikan pelaburannya kepada pengeluar senjata api yang berkaitan dengan Israel akibat tekanan berpanjangan pelajar dan kakitangannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sebuah universiti di United Kingdom (UK) menghentikan pelaburannya kepada pengeluar senjata api yang berkaitan dengan Israel akibat tekanan berpanjangan pelajar dan kakitangannya.
  • The University of York mengesahkan ia berlepas diri daripada syarikat senjata api yang dikaitkan dengan Israel berikutan protes, perhimpunan, perarakan dan tindakan daripada gabungan yang diketuai pelajar institusi berkenaan.
  • Kempen Solidariti Palestin (PSC), organisasi UK terbesar memperjuangkan hak rakyat Palestin, dan Persatuan Solidariti Palestin Universiti York mengumumkan berita itu minggu lalu dalam hantaran Instagram.
  • “Selepas bantahan berpanjangan, perhimpunan, perarakan dan tindakan langsung oleh pelajar, Universiti York terpaksa melakukan pelepasan sepenuhnya daripada pengeluar senjata dan persenjataan dan mengumumkannya melalui kenyataan awam pada 11 April 2024,” kata hantaran itu dipetik The New Arab.
  • Mereka menegaskan akan terus berkempen untuk memastikan pihak universiti dipertanggungjawabkan dan terus menyeru diadakan gencatan senjata di Gaza.

Sebuah universiti di United Kingdom (UK) menghentikan pelaburannya kepada pengeluar senjata api yang berkaitan dengan Israel akibat tekanan berpanjangan pelajar dan kakitangannya.

The University of York mengesahkan ia berlepas diri daripada syarikat senjata api yang dikaitkan dengan Israel berikutan protes, perhimpunan, perarakan dan tindakan daripada gabungan diketuai pelajar institusi berkenaan.

Kempen Solidariti Palestin (PSC), organisasi UK terbesar memperjuangkan hak rakyat Palestin, dan Persatuan Solidariti Palestin Universiti York mengumumkan berita itu minggu lalu dalam hantaran Instagram dipetik The New Arab.

“Selepas bantahan berpanjangan, perhimpunan, perarakan dan tindakan langsung oleh pelajar, Universiti York terpaksa melakukan pelepasan sepenuhnya daripada pengeluar senjata dan persenjataan dan mengumumkannya melalui kenyataan awam pada 11 April 2024,” kata hantaran itu.

Mereka menegaskan akan terus berkempen untuk memastikan pihak universiti dipertanggungjawabkan dan terus menyeru diadakan gencatan senjata di Gaza.

Menurut kajian PSC, kebebasan perolehan maklumat mendedahkan universiti itu melabur £33,251 ke dalam dua syarikat teknologi, Cisco Systems dan Smiths Group.

PSC berkata teknologi reka bentuk Cisco digunakan Israel untuk memudahkan pendudukannya di wilayah Palestin. 

Smiths Group pula memohon 32 lesen eksport senjata ke Israel daripada kerajaan British dan membekalkan banyak komponen program F-35 Lightning, yang digunakan Israel dalam serangan ke atas Gaza pada 2021. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending