Connect with us

Terkini

Jaminan PM tidak iktiraf LGBT, ideologi komunis perlu dibuktikan

Rakyat kini sedang menantikan tindakan pelaksanaan dan bukan lagi sekadar ungkapan yang bersifat populis demi meraih sokongan.

Wartawan TMT

Published

on

Jaminan PM tidak iktiraf LGBT, ideologi komunis perlu dibuktikan
Foto: Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia
  • Langkah itu perlu memandangkan kerajaan sekarang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) yang cenderung mendukung keterbukaan dan mengangkat prinsip hak kesamarataan. – Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Noor Azib Asmangi 
  • “Harus diingat kerajaan PH pada 2019, mengangkat Akta Kesamarataan Gender dimana undang-undang mengiktiraf golongan transgender seperti yang berlaku di Barat.”
  • “Paling menggemparkan pada tahun yang sama kira-kira 1,000 orang telah sertai perarakan Hari Wanita yang pertahankan hak LGBT.”
  • “Komik berunsur komunisme diangkat DAP dan seruan untuk mengiktiraf komunis sebagai salah satu gerakan yang menuntut kemerdekaan negara.”
  • “Sudah pasti, semua lapisan masyarakat akan bangkit dan menolak jika ada sahaja tindakan-tindakan bertentangan dengan norma dan budaya termasuk dalam perkara kronisme dan nepotisme seperti yang beliau sering laungkan,”

 

BANGI, 15 Jamadilakhir 1444H, Ahad – Rakyat kini sedang menantikan tindakan pelaksanaan dan bukan lagi sekadar ungkapan yang bersifat populis demi meraih sokongan.

Justeru, jaminan spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak mengiktiraf golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis dalam kerajaan campuran pimpinannya perlu dibuktikan.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Noor Azib Asmangi berkata, langkah itu perlu memandangkan kerajaan sekarang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) yang cenderung mendukung keterbukaan dan mengangkat prinsip hak kesamarataan.

“Harus diingat kerajaan PH pada 2019, telah mengangkat Akta Kesamarataan Gender dimana undang-undang tersebut mengiktiraf golongan transgender seperti yang berlaku di Barat.

“Paling menggemparkan pada tahun yang sama apabila kira-kira 1,000 orang telah menyertai perarakan Hari Wanita yang mempertahankan hak LGBT.

“PH ketika itu secara lembut seolah-olah mengiktiraf golongan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, Anwar menerusi program Naratif Khas bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberi jaminan bahawa golongan LGBT, konsep negara sekular dan ideologi komunis tidak mungkin diiktiraf dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kadang orang politik ini dia kata umpama kalau Anwar jadi perdana menteri maka habis Islam dan sekular akan bertapak, LGBT disahkan, orang komunis bertapak.

“Ini igauan siang hari. Tentunya tidak berlaku dan insya-Allah di bawah kuasa pentadbiran saya perkara ini tidak mungkin berlaku,” katanya Anwar.

Mengimbas kembali pemerintahan PH sebelum ini, Ustaz Mohd Noor Azib berkata, rakyat sehingga kini tidak pernah melupakan tindakan menteri agama pada ketika itu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengadakan pertemuan dengan aktivis LGBT, Nisha Ayub.

Ini termasuk, pengiktirafan Timbalan Perdana Menteri kerajaan PH, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail terhadap hak-hak golongan berkenaan.

Katanya, perkara sama turut berlaku apabila mengiktiraf gerakan komunis pada 2018, di mana rakyat masih ingat peristiwa abu mayat Chin Peng yang dibawa balik.

“Bukan itu sahaja, komik berunsur komunisme yang diangkat DAP dan seruan untuk mengiktiraf komunis sebagai salah satu gerakan yang menuntut kemerdekaan negara.

“Semua ini berlaku dalam kerajaan 22 bulan tempoh pimpinan PH yang mana pada ketika itu Anwar adalah salah seorang daripada pimpinan di majlis presiden,” katanya.

Beliau berkata, jika tidak kerana desakan pembangkang dan tumbangnya kerajaan PH pada 2020, beberapa penganalisis politik menjangkakan pengiktirafan terhadap LGBT dan ideologi komunis akan menjadi lebih kuat.

“Justeru, rakyat pada hari ini sedang dan akan terus melihat setiap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan campuran Perdana Menteri ke-10.

“Sudah pasti, semua lapisan masyarakat akan bangkit dan menolak jika ada sahaja tindakan-tindakan yang bertentangan dengan norma dan budaya termasuk dalam perkara kronisme dan nepotisme seperti yang beliau sering laungkan,” katanya.

 

Sumber: Ismaweb

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

(VIDEO) Israel serang Rafah, Musim haji tahun ini mungkin terjejas – ZRA

Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Avatar

Published

on

Foto: Wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

KUALA LUMPUR – Musim haji tahun ini kemungkinan terjejas susulan serangan Israel ke atas Rafah, kata wartawan kanan, Zainal Rashid Ahmad (ZRA).

Beliau tidak menolak kemungkinan itu sekiranya Majlis Kerjasama Teluk (GCC) mengambil tindakan melancarkan perang atau membantu kumpulan yang mahu masuk ke medan perang sebagai respons kepada serangan Israel.

“Bererti akan ada ketegangan yang lebih besar di Asia Barat. Yang menjadikan ruang udara untuk musim haji tahun ini akan terjejas.

“Sama ada Israel marah dan akan attack (serang) kedudukan Axis of Resistance (kumpulan penentang Iran). Dia (Israel) boleh lancar sahaja peluru yang menjadikan ruang udara sampai ke Arab Saudi jadi cemas kerana Iraq kemudian ada Houthi. Houthi ada di hujung sana. Peluru berpandu kalau ditembak saja kalau nak dipintas atau tak dipintas oleh (Arab) Saudi tetap ruang udara itu boleh ditutup pada musim perang.

“Bererti empat juta jemaah haji, termasuk lebih 30 ribu yang ada di Malaysia ini sekarang berada telur di hujung tanduk. Siapa saja yang mengkaji geopolitik dalam bentuk yang lebih luas kita akan lihat gangguan perang ini akan sampai ke musim haji,” katanya menerusi klip video di TikTok bertajuk ‘Pencetus Ketidakstabilan Ekonomi Dunia’ pada Rabu.

Zainal yang juga pengasas ZRA Strim percaya Israel tidak mahu peperangan selepas musim haji kerana ia akan mengurangkan tekanan kepada umat Islam selain tidak dapat ‘memperdajalkan’ peluang mereka untuk menunaikan ibadah itu.

“Dia (Israel) nak buat sekarang supaya Arab Saudi (dan) negara-negara yang berada di dalam ruang udara musim haji yang mana negara-negara ini tak boleh bertindak kalaulah mereka mahukan ruang udara selamat bagi membolehkan jemaah haji yang mula terbang masuk pada pertengahan Mei ini tak terjejas penerbangan mereka seluruh dunia.

“Israel mahukan perang itu sekarang. Jadi ambil pandangan yang lebih luas, yang lebih menggambarkan kita ini bukan Islam kiasu Melayu yang hanya apabila kena dekat Melayu dan Islam maka kita jaja nama agama bahawa kitalah orang Islam terugi, yang terpaling terancam,” katanya dipercayai merujuk kritikan segelintir pihak mengenai isu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan ekoran penutupan beberapa syarikat kerana boikot. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending