Connect with us

Antarabangsa

Ribuan penunjuk perasaan bantah kerajaan ‘ekstremis’ Israel

Ribuan penunjuk perasaan di Israel mengadakan protes pada Sabtu sebagai membantah kerajaan baharu yang ditubuhkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana disifatkan paling berhaluan kanan dalam sejarah.

Wartawan TMT

Published

on

Ribuan penunjuk perasaan bantah kerajaan ‘ekstremis’ Israel
Foto: Protes di Tel Aviv
  • Ribuan penunjuk perasaan di Israel adakan protes pada Sabtu sebagai membantah kerajaan baharu ditubuhkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana disifatkan paling berhaluan kanan dalam sejarah.
  • Peserta protes itu turut bawa plakad tertera ‘Demokrasi dalam bahaya’ dan ‘Bersama menentang fasisme dan aparteid’ ketika berhimpun di Tel Aviv.
  • Mereka juga melaungkan slogan ‘menteri jenayah’ yang pernah diguna secara meluas ketika demonstrasi mengecam Netanyahu sejak beberapa tahun lalu.
  • “Datuk saya berhijrah ke Israel untuk bina kehidupan lebih baik. Saya tidak mahu demokrasi sedang kita nikmati sekarang semakin lenyap dan Mahkamah Agung hilang kuasa. Ekstremis sudah mula mengerahkan puak mereka yang tidak mewakili majoriti,” kata peguam, Assaf 

 

TEL AVIV – Ribuan penunjuk perasaan di Israel mengadakan protes pada Sabtu sebagai membantah kerajaan baharu yang ditubuhkan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu kerana disifatkan paling berhaluan kanan dalam sejarah.

Peserta protes itu turut membawa plakad tertera ‘Demokrasi dalam bahaya’ dan ‘Bersama menentang fasisme dan aparteid’ ketika berhimpun di Tel Aviv.

Mereka juga melaungkan slogan ‘menteri jenayah’ yang pernah digunakan secara meluas ketika demonstrasi mengecam Netanyahu sejak beberapa tahun lalu.

Selepas kemenangan pemimpin Parti Likud itu pada 1 November lalu, beliau telah diberikan mandat untuk membentuk kerajaan bersama parti haluan kanan dan ultra-ortodoks yang menyaksikan beberapa ‘ekstremis’ kini mengetuai kementerian utama.

“Datuk saya berhijrah ke Israel untuk membina kehidupan lebih baik. Saya tidak mahu demokrasi yang sedang kita nikmati sekarang semakin lenyap dan Mahkamah Agung hilang kuasa. Ekstremis sudah mula mengerahkan puak mereka yang tidak mewakili majoriti,” kata peguam, Assaf yang menyertai protes tersebut.

Kerajaan gabungan baharu itu telah mengumumkan rancangan untuk memperluaskan projek penempatan haram Yahudi di Tebing Barat dan melaksanakan pembaharuan sosial.

Pada awal minggu lalu, Menteri Kehakiman baharu, Yariv Levin memaklumkan program reformasi termasuk ‘klausa pengurangan kuasa’ yang membenarkan Knesset (Parlimen) mengetepikan keputusan Mahkamah Agung.

Pemimpin pembangkang, Yair Lapid bagaimanapun menyelar pelan pembaharuan tersebut kerana dikhuatiri akan mengancam seluruh sistem perundangan di Israel. – AFP

 

Sumber: Sinar Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Remaja ketagih vape rebah, berubah ‘biru’ dan hampir mati

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kyla Blight yang menghisap vape menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.
  • Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.
  • Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.
  • Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.
  • Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb, berkembang di bahagian atas paru-parunya. Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh ini pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Seorang bapa memberi amaran kepada ibu bapa lain tentang bahaya vape yang mengancam nyawa anak perempuan remajanya yang tiba-tiba rebah dan bertukar ‘biru’ ketika di rumah rakannya.

Daily Mail melaporkan paru-paru remaja itu ‘pecah’ disebabkan rutinnya menghisap vape yang menyamai tindakan menghisap 400 batang rokok seminggu.

Pada awal pagi 11 Mei, Mark Blight yang menetap di Egremont, Cumbria, England, membawa anaknya, Kyla Blight, 17, ke hospital selepas menerima panggilan telefon memberitahu anaknya rebah dan berubah ‘biru’ ketika bermalam di rumah rakannya.

Selepas jantungnya hampir berhenti berdegup, remaja berusia 17 tahun itu menjalani pembedahan selama lima setengah jam untuk membuang sebahagian paru-parunya.

Pakar perubatan menemui lepuh udara kecil dikenali sebagai  pulmonary bleb yang berkembang di bahagian atas paru-parunya. 

Vape berlebihan dipercayai menjadi penyebab lepuh itu pecah dan paru-parunya gagal berfungsi.

Kyla yang mula menghisap vape pada usia 15 tahun percaya tabiat itu ‘tidak berbahaya’ dan melakukan 4,000 sedutan vape seminggu menyamai nikotin 400 batang rokok.

Selepas pembedahan, Kyla menghabiskan dua minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke rumah sepenuhnya.

“Saya bercakap dengan pakar bedah dan dia menyebut tentang lepuh yang boleh terbentuk pada paru-paru. 

“Mereka fikir bahawa vape pakai buanglah yang memecahkan lepuh ini dan menusuk lubang pada paru-paru anda.

“Nampaknya ia perkara yang diketahui sekarang. Dia telah melakukan banyak operasi seperti ini,” kata Blight.

Walaupun vape secara meluas dilihat lebih selamat daripada merokok, kesan jangka panjang vape masih kekal misteri.

Doktor menyatakan kebimbangan adanya gelombang penyakit paru-paru, masalah pergigian dan kanser dalam beberapa dekad yang akan datang pada mereka yang memulakan tabiat itu.

Tahun lalu, pakar pediatrik terkemuka memberi amaran bahawa kanak-kanak dimasukkan ke hospital dengan kesukaran bernafas akibat vape, di tengah-tengah wabak vape golongan belia pada tahap ‘mengganggu.’ – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending