Connect with us

Terkini

(VIDEO) Filem promosi LGBTQ, Islamofobia tidak akan dilulus tayangan di Malaysia – Saifuddin

Mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosikan gaya hidup LGBTQ tidak akan diluluskan tayangannya di Malaysia selepas melalui penapisan bagi keseluruhan jalan cerita.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan filem mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan pegangan dan norma kehidupan masyarakat di negara ini memasuki pasaran Malaysia.
  • “Sudah tentu filem-filem sebegini perlu ditapis dan sekiranya keterlaluan keputusan untuk tidak diluluskan akan segera dikeluarkan.
  • “Dalam konteks ini suka saya maklumkan Kerajaan Malaysia tidak pernah meratifikasi mana-mana konvensyen antarabangsa berkaitan LGBTQ serta tak pernah mengiktiraf sebarang gaya hidup LGBTQ.
  • “Oleh itu, mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup seumpama itu setelah ditapis tidak akan diluluskan tayangannya di Malaysia bergantung kepada keseluruhan jalan cerita begitu juga filem-filem yang mengandungi elemen komunisme, Islamofobia dan bertentangan dengan akidah Islam dan ajaran sesat,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosikan gaya hidup LGBTQ tidak akan diluluskan tayangannya di Malaysia selepas melalui penapisan bagi keseluruhan jalan cerita.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara itu juga sama bagi filem yang mengandungi elemen komunisme, Islamofobia, ajaran sesat dan bertentangan dengan akidah Islam.

Saifuddin berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat peningkatan filem mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan pegangan dan norma kehidupan masyarakat di negara ini memasuki pasaran Malaysia.

“Sudah tentu filem-filem sebegini perlu ditapis dan sekiranya keterlaluan keputusan untuk tidak diluluskan akan segera dikeluarkan.

“Dalam konteks ini suka saya maklumkan Kerajaan Malaysia tidak pernah meratifikasi mana-mana konvensyen antarabangsa berkaitan LGBTQ serta tak pernah mengiktiraf sebarang gaya hidup LGBTQ.

“Oleh itu, mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup seumpama itu setelah ditapis tidak akan diluluskan tayangannya di Malaysia bergantung kepada keseluruhan jalan cerita begitu juga filem-filem yang mengandungi elemen komunisme, Islamofobia dan bertentangan dengan akidah Islam dan ajaran sesat,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika memberi penerangan berkenaan pemerkasaan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah kementeriannya. — The Merdeka Times

Author

Terkini

Penceramah terpalit kes jenayah rogol didakwa beri khutbah Jumaat, Pejabat agama Islam Petaling masih siasat – JAIS

Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Penceramah bebas, Muhammad Fathi Na’im.
  • Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.
  • Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.
  • Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.
  • Beliau berkata demikian ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

KUALA LUMPUR — Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling sedang menjalankan siasatan terhadap isu penceramah bebas, Muhammad Fathi Naim Mazlam yang berdepan tuduhan jenayah rogol tetapi dilihat memberikan khutbah Jumaat di sebuah masjid di Bandar Sri Damansara, hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata setelah laporan penuh berkaitan isu berkenaan didapati, Unit Pengurusan Masjid Daerah (UPMD) Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan peraturan.

Beliau memaklumkan tauliah mengajar Fathi digantung sejak 6 April 2023 dan ia tamat pada 30 Jun 2023 serta pemohon juga tidak menyambung tauliah berkenaan.

“Isu (Fathi) berkhutbah di Masjid Bandar Sri Damansara, PAID Petaling masih menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

“Setelah mendapat laporan penuh UPMD Petaling akan membuat laporan siasatan dan tindakan akan dilaksanakan berdasarkan peruntukan peraturan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini ketika diminta mengulas dakwaan Fathi memberikan khutbah Jumaat di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara, sedangkan beliau kini berdepan tuduhan jenayah rogol gadis bawah umur.

Fathi pada November 2022 dilaporkan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Klang atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari 2022.

Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di  https://support.themerdekatimes.com

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending