Connect with us

Antarabangsa

Pengusaha bar sebar propaganda LGBTQ ditahan

Mahkamah Russia memerintahkan pemilik kelab gay di bandar Orenburg ditahan kerana didakwa menganjurkan aktiviti “ekstrem” dikaitkan dengan penyebaran propaganda LGBTQ.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Russia memerintahkan pemilik kelab gay di bandar Orenburg ditahan kerana didakwa menganjurkan aktiviti “ekstrem” dikaitkan dengan penyebaran propaganda LGBTQ.
  • RT melaporkan suspek akan kekal dalam tahanan sehingga 18 Mei ini sementara siasatan berjalan, demikian menurut kenyataan ringkas Mahkamah Daerah Pusat Orenburg pada Ahad.
  • Walaupun mahkamah belum mendedahkan nama tertuduh “pemilik” kelab itu, beberapa laporan media mengenal pasti individu terbabit sebagai Vyacheslav Khasanov yang ditahan di Lapangan Terbang Sheremetyevo di Moscow pada 28 Mac lalu.
  • Menurut siasatan, pemilik kelab itu bersekongkol dengan sekumpulan individu mendokong aktiviti pergerakan LGBTQ yang diharamkan.
  • Dia dikatakan menjalankan fungsi organisasi dengan menyewa premis dan mengubahnya menjadi bar, melantik pengurus, memilih artis, meluluskan acara dan persembahan, meletakkan bahan foto dan video mempromosikan hubungan bukan tradisional di saluran Telegram kelab itu sekaligus “menyediakan akses maklumat tersebut kepada bilangan individu tanpa had”.

Mahkamah Russia memerintahkan pemilik kelab gay di bandar Orenburg ditahan kerana didakwa menganjurkan aktiviti “ekstrem” dikaitkan dengan penyebaran propaganda LGBTQ.

RT melaporkan suspek akan kekal dalam tahanan sehingga 18 Mei ini sementara siasatan berjalan, demikian menurut kenyataan ringkas Mahkamah Daerah Pusat Orenburg pada Ahad.

Walaupun mahkamah belum mendedahkan nama tertuduh “pemilik” kelab itu, beberapa laporan media mengenal pasti individu terbabit sebagai Vyacheslav Khasanov yang ditahan di Lapangan Terbang Sheremetyevo di Moscow pada 28 Mac lalu.

Menurut siasatan, pemilik kelab itu bersekongkol dengan sekumpulan individu mendokong aktiviti pergerakan LGBTQ yang diharamkan.

Dia dikatakan menjalankan fungsi organisasi dengan menyewa premis dan mengubahnya menjadi bar, melantik pengurus, memilih artis dan meluluskan acara dan persembahan.

Ini termasuk meletakkan bahan foto dan video mempromosikan hubungan bukan tradisional di saluran Telegram kelab itu sekaligus “menyediakan akses maklumat tersebut kepada sebilangan individu tanpa had”.

Awal bulan ini, pengarah seni kelab itu, Aleksander Klimov dan eksekutif perniagaan, Diana Kamilyanova ditangkap atas tuduhan sama. Jika didapati bersalah, mereka berdepan hukuman sehingga sepuluh tahun penjara.

Propaganda LGBTQ diharamkan di Russia sejak 2022 dan pada November tahun lalu Mahkamah Agung memutuskan aktiviti “pergerakan sosial LGBT antarabangsa” akan dilabel sebagai “ekstremis”.

Presiden Russia, Vladimir Putin sebelum ini menyatakan undang-undang anti-LGBTQ tidak seharusnya menjejaskan kehidupan peribadi ahli dengan syarat mereka “tidak mempamerkannya” di khalayak ramai dan tidak melibatkan kanak-kanak. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Jordan pintas dron Iran demi keselamatan rakyat – Kabinet Jordan

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.
  • Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

Setiap objek yang terbang memasuki ruang udara Jordan pada lewat malam Sabtu lalu dipintas negara itu demi keselamatan rakyatnya.

Itu kenyataan yang dikeluarkan kabinet negara tersebut semalam selepas masyarakat dunia mempersoalkan mengapa Jordan memintas dron Iran yang disasarkan ke wilayah jajahan haram Israel.

Iran melancarkan dron letupan dan melepaskan peluru berpandu ke Israel pada lewat malam Sabtu. Menurut dua sumber keselamatan serantau, Jordan yang terletak di antara Iran dan Israel, telah bersiap siaga dengan pertahanan udara bagi memintas mana-mana dron atau peluru berpandu yang menceroboh ruang udaranya.

“Beberapa serpihan jatuh di beberapa tempat pada masa itu tanpa menyebabkan sebarang kerosakan besar atau kecederaan kepada rakyat,” tambah kenyataan kabinet Jordan.

Pesawat pejuang A.S. dan British turut terlibat dalam menembak jatuh beberapa dron milik Iran di kawasan sempadan Iraq-Syria, lapor Saluran 12 Israel.

– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending