Antarabangsa
Transgender diharamkan sertai pertandingan puisi di Russia
Sebuah pertandingan puisi Russia melarang transgender menghantar penyertaan pada tahun ini dalam apa yang dikatakan sebagai usaha untuk melindungi nilai tradisional.
- Sebuah pertandingan puisi Russia melarang transgender menghantar penyertaan pada tahun ini dalam apa yang dikatakan sebagai usaha untuk melindungi nilai tradisional.
- Andrei Dementyev All-Russian Poetry Prize dianjurkan Kerajaan Wilayah Tver di barat Russia menerima permohonan hingga akhir April ini daripada penyair “tanpa mengira kewarganegaraan, profesion dan tempat tinggal”.
- Bagaimanapun, mengikut peraturan disiarkan di laman web pertubuhan puisi tempatan, pertandingan itu secara jelas menyekat “warganegara yang menukar jantina mereka”.
- Penganjur pertandingan dipetik Reuters berkata, langkah itu adalah usaha untuk “memelihara idea perkahwinan, keluarga, keibuan, keibubapaan dan zaman kanak-kanak yang tradisional bagi masyarakat Russia”.
- Di bawah pentadbiran Presiden Vladimir Putin, Russia terlibat dalam tindakan keras terhadap hak LGBTQ, menggambarkan mereka sebagai ciptaan Barat yang mengancam nilai tradisional Russia.
- Russia tahun lalu mengharamkan pembedahan perubahan jantina dan terapi hormon dan melarang golongan transgender daripada mengambil atau mengasuh kanak-kanak.
Sebuah pertandingan puisi Russia melarang transgender menghantar penyertaan pada tahun ini dalam apa yang dikatakan sebagai usaha untuk melindungi nilai tradisional.
Andrei Dementyev All-Russian Poetry Prize dianjurkan Kerajaan Wilayah Tver di barat Russia menerima permohonan hingga akhir April ini daripada penyair “tanpa mengira kewarganegaraan, profesion dan tempat tinggal”.
Bagaimanapun, mengikut peraturan disiarkan di laman web pertubuhan puisi tempatan, pertandingan itu secara jelas menyekat “warganegara yang menukar jantina mereka”.
Penganjur pertandingan dipetik Reuters berkata, langkah itu adalah usaha untuk “memelihara idea perkahwinan, keluarga, keibuan, keibubapaan dan zaman kanak-kanak yang tradisional bagi masyarakat Russia”.
Pertandingan sebelum ini tidak menetapkan larangan ke atas peserta transgender, lapor saluran berita bebas Russia, Mediazona.
Di bawah pentadbiran Presiden Vladimir Putin, Russia terlibat dalam tindakan keras terhadap hak LGBTQ, menggambarkan mereka sebagai ciptaan Barat yang mengancam nilai tradisional Russia.
Russia pada tahun lalu mengharamkan pembedahan perubahan jantina dan terapi hormon dan melarang golongan transgender daripada mengambil atau mengasuh kanak-kanak. – The Merdeka Times