Connect with us

Terkini

Produk ‘gelatin babi’ dengan logo halal masih dijual di pasaran

Sumber industri halal mendedahkan kepada sebuah portal tempatan bahawa salah satu produk makanan digemari kanak-kanak disahkan mengandungi gelatin babi namun masih bebas dijual sebagai produk halal.

Wartawan TMT

Published

on

Produk ‘gelatin babi’ dengan logo halal masih dijual di pasaran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sumber industri halal mendedahkan satu produk makanan digemari kanak-kanak disahkan mengandungi gelatin babi masih bebas dijual sebagai produk halal.
  • Kehadiran unsur babi  dikesan selepas makmal ujikaji makanan swasta mengambil sampel 100 produk mempunyai bahan tidak halal. Hasilnya, 22 produk mengandungi unsur babi dengan empat daripadanya mempunyai logo halal luar negara diperakui JAKIM.
  • “Salah satu produk makanan digemari kanak-kanak itu disahkan mengandungi gelatin babi hasil ujian makmal yang mempunyai sijil Sistem Pengurusan Kualiti (ISO).”
  • “Keputusan ujian tetap menunjukkan kehadiran gelatin babi walaupun produk itu diperoleh dari lokasi berlainan.”

 

KUALA LUMPUR, 09 Januari 2023 – Sumber industri halal mendedahkan kepada sebuah portal tempatan bahawa salah satu produk makanan digemari kanak-kanak disahkan mengandungi gelatin babi namun masih bebas dijual sebagai produk halal.

Kehadiran unsur babi itu dikesan selepas sebuah makmal ujikaji makanan swasta mengambil sampel 100 produk di pasaran terbuka untuk diuji kemungkinan ia mempunyai bahan yang tidak halal.

Hasilnya, 22 produk yang diambil sampel bagi ujian itu didapati mengandungi bahan daripada unsur babi dengan empat daripadanya mempunyai logo halal luar negara diperakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Salah satu produk makanan digemari kanak-kanak itu disahkan mengandungi gelatin babi hasil ujian makmal yang mempunyai sijil Sistem Pengurusan Kualiti (ISO).”

“Keputusan ujian tetap menunjukkan kehadiran gelatin babi walaupun produk itu diperoleh dari lokasi berlainan.”

Jelasnya, susulan dari dapatan ujian itu, pihaknya segera membuat laporan kepada Bahagian Hab Halal JAKIM lengkap dengan hasil keputusan dan produk tersebut.

Namun, selepas dirujuk, agensi berkenaan memaklumkan produk tersebut tidak mempunyai unsur babi hasil ujian yang disahkan oleh makmal JAKIM sendiri dan juga makmal dari sebuah jabatan Kerajaan lain.

“Apabila saya tahu sebuah jabatan Kerajaan mengesahkan produk itu negatif, maka kami buat ujian sekali lagi dan hasilnya tetap positif. Jadi kami meragui adakah cara ujian yang dilaksanakan agensi Kerajaan itu betul atau salah.”

“Namun apa yang menyedihkan ialah berdasarkan polisi Kerajaan, JAKIM hanya menerima keputusan analisis dari makmal jabatan Kerajaan, malah ia mengatasi semua hasil analisis makmal lain,” katanya.

Oleh itu, sumber tersebut menggesa agar polisi Kerajaan itu diteliti semula kewajarannya di mana cara terbaik adalah dengan mengadakan diskusi antara makmal dan pihak yang terlibat supaya hasil keputusan sebenar dapat dipersetujui dan dicapai secara saksama.

“Berdasarkan polisi Kerajaan juga adalah menjadi satu kesalahan sekiranya kenyataan umum berkaitan status halal atau haram sesuatu produk dilakukan oleh pihak tidak berkaitan seperti makmal swasta.”

“Walau ada bukti hasil keputusan makmal yang mempunyai ISO sekali pun, ia tetap tidak boleh diguna pakai sekiranya hasil keputusan dari makmal Kerajaan memberikan keputusan yang berbeza.”

“Sebab itu kami tidak boleh cakap apa-apa dan hanya boleh maklumkan kawan-kawan supaya tidak makan produk itu kerana ujian telah mengesahkan ia positif. Agak menyedihkan kerana kita hanya mampu melihat sahaja saudara seislam kita makan makanan yang kita tahu tidak halal tetapi kita tidak boleh buat apa-apa kerana adanya polisi seperti ini,” kata sumber lagi.

 

Sumber: Samudera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Israel bom depot senjata berdekatan pangkalan udara Russia di Syria

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.
  • Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 
  • Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.
  • Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Letupan besar dan kebakaran berdekatan lapangan terbang dan pangkalan udara di Syria dilaporkan hari ini dengan Syriawatan News mendakwa sebuah gudang penyimpanan senjata diserang.

Insiden itu berlaku berhampiran Pangkalan Udara Khmeimim Russia dan Lapangan Terbang Bassel al-Assad di Jableh, Syria. 

Terdapat dakwaan bahawa pesawat Russia terlibat dalam usaha memintas peluru berpandu di kawasan itu.

Pertahanan udara Russia dan Syria dilaporkan memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit.

Terdapat dakwaan bahawa pertahanan udara memintas peluru berpandu di luar pantai Jableh, sebuah bandar di barat laut Syria, dengan anggaran 30 peluru berpandu dilancarkan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Pertahanan udara Russia dan Syria memintas peluru berpandu selama sekurang-kurangnya 40 minit di Latakia, lapor Sky News Arabia.

Laporan tempatan lain mencadangkan sebuah pesawat Iran di lapangan terbang mungkin turut menjadi sasaran.

Israel yang sering menjalankan operasi terhadap sasaran berkaitan dengan Iran di Syria belum memberikan sebarang komen mengenai insiden letupan itu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending