Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) LGBTQ+ lebih bahaya daripada ISIS, Hizbullah dan Hamas – Ahli Parlimen Israel

Seorang Ahli Parlimen Israel menyifatkan komuniti LGBTQ+ lebih berbahaya kepada Israel berbanding kumpulan militan ISIS.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Ahli Knesset (Parlimen Israel) dari pakatan politik United Torah Judaism, Yitzhak Pindrus.
  • Seorang Ahli Parlimen Israel menyifatkan komuniti LGBTQ+ lebih berbahaya kepada Israel berbanding kumpulan militan ISIS.
  • Yitzhak Pindrus, Ahli Knesset (Parlimen Israel) dari pakatan politik United Torah Judaism merupakan sebahagian daripada kerajaan sayap kanan Israel ketika ini, lapor The New Arab.
  • Pindrus memberitahu Channel 12 bahawa komuniti LGBTQ+ adalah “perkara paling berbahaya bagi negara Israel – lebih (bahaya) daripada ISIS, lebih (bahaya) daripada Hizbullah, lebih (bahaya) daripada Hamas”.
  • “Jika ia terpulang kepada saya, saya akan menghalang bukan sahaja perarakan Pride tetapi juga seluruh pergerakannya,” kata Pindrus beberapa minggu selepas berlakunya perarakan Pride di Baitulmaqdis dan Tel Aviv pada tahun lalu.

Seorang Ahli Parlimen Israel menyifatkan komuniti LGBTQ+ lebih berbahaya kepada Israel berbanding kumpulan militan ISIS.

Yitzhak Pindrus, Ahli Knesset (Parlimen Israel) dari pakatan politik United Torah Judaism merupakan sebahagian daripada kerajaan sayap kanan Israel ketika ini, lapor The New Arab.

Pindrus memberitahu Channel 12 bahawa komuniti LGBTQ+ adalah “perkara paling berbahaya bagi negara Israel – lebih (bahaya) daripada ISIS, lebih (bahaya) daripada Hizbullah, lebih (bahaya) daripada Hamas”.

“Jika ia terpulang kepada saya, saya akan menghalang bukan sahaja perarakan Pride tetapi juga seluruh pergerakannya,” kata Pindrus beberapa minggu selepas berlakunya perarakan Pride di Baitulmaqdis dan Tel Aviv pada tahun lalu.

Pindrus sebelum ini dilaporkan berkata kewujudan golongan LGBTQ+ adalah bertentangan dengan ajaran agama Yahudi.

Semasa menjadi Timbalan Datuk Bandar Baitulmaqdis pada 2010, Pindrus meminta polis membenarkan “perarakan keldai” diadakan ketika perarakan Pride di bandar itu. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Dituduh angkut lembu, pemandu trak Sikh diserang kumpulan pelampau di India

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Sebuah video tular memaparkan seorang pemandu trak beragama Sikh diserang kumpulan pelindung lembu (cow vigilantes) di Haryana, India.

Video dimuat naik HindutvaWatch di platform X itu meletakkan keterangan hantaran, “pengawal lembu menyerang seorang pemandu trak Sikh dan menggunakan serbannya untuk mengikat kakinya kerana mengangkut lembu”.

Video itu dimuat naik pada hari ini yang merujuk kepada insiden yang berlaku di Sonipat, Haryana pada 17 April lalu.

Di dalam sedutan video itu, penganut Sikh tersebut dilihat membawa sebuah lori di tempat duduk pemandu memakai turban berwarna safron bercakap pada arah video yang sedang merakamnya.

Rakaman itu kemudiannya disusuli tindakan seorang lelaki berbaju merah cuba bertindak memberhentikan atau membuka pintu tempat duduk lelaki tersebut.

Dalam sedutan lain, gambar individu Sikh di dalam video itu menunjukkannya duduk dengan turban safron yang pada asalnya dipakai, akhirnya digunakan untuk dililit kakinya, dengan sedikit tompokan darah darah pada pakaiannya.

Dalam keadaan itu, individu Sikh itu dilihat tenang dan tidak berkata apa-apa.

Pengguna platform X memberi komentar mengutuk tindakan menyasarkan pemandu trak beragama sikh itu dengan pelbagai keluhan.

“Sangat menjijikkan. Mereka melampau dalam bertindak atas perkara sebegini,” kata Faisal Siraj.

Sebuah akaun lain dengan nama Pakistan Times juga berkata “Malah Sikh pun tidak selamat di India.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending