Connect with us

Terkini

Bukan jatuhkan maruah pesalah, Hukuman sebat di khalayak beri kesedaran masyarakat

Pelaksanaan hukuman sebat di tempat awam bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah pesalah semata-mata, sebaliknya ia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.
  • Pelaksanaan hukuman sebat di tempat awam bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah pesalah semata-mata, sebaliknya ia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.
  • “Di sisi syarak, kita perlu melihat kepada maqasid syariah iaitu tujuan pelaksanaan satu-satu hukuman (dan) dalam konteks hukuman sebat di khalayak ramai, tujuannya bukan sahaja untuk menghukum orang yang bersalah sebagai satu kafarah di atas dunia tetapi sebagai iktibar kepada masyarakat supaya tidak melakukan satu-satu perbuatan jenayah.
  • “Jika diikutkan apa yang dilaksanakan sekarang ini iaitu di dalam penjara mungkin sudah memadai kerana ia disaksikan sebilangan saksi tetapi jika dilaksanakan di khalayak ramai, maka ia lebih baik bagi menyedarkan masyarakat supaya menjauhi maksiat dan kemungkaran.
  • “Soal ia memalukan pesalah, ia perlu dipertimbangkan dengan maslahah yang lebih besar iaitu menggerunkan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
  • Terdahulu, Kerajaan Negeri Terengganu dilaporkan sedang mempertimbangkan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai atau tempat awam seperti kawasan masjid atau sebagainya.
  • Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan berkenaan.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan hukuman sebat di tempat awam bukan bertujuan untuk menjatuhkan maruah pesalah semata-mata, sebaliknya ia bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi.

“Di sisi syarak, kita perlu melihat kepada maqasid syariah iaitu tujuan pelaksanaan satu-satu hukuman (dan) dalam konteks hukuman sebat di khalayak ramai, tujuannya bukan sahaja untuk menghukum orang yang bersalah sebagai satu kafarah di atas dunia tetapi sebagai iktibar kepada masyarakat supaya tidak melakukan satu-satu perbuatan jenayah.

“Jika diikutkan apa yang dilaksanakan sekarang ini iaitu di dalam penjara mungkin sudah memadai kerana ia disaksikan sebilangan saksi tetapi jika dilaksanakan di khalayak ramai, maka ia lebih baik bagi menyedarkan masyarakat supaya menjauhi maksiat dan kemungkaran.

“Soal ia memalukan pesalah, ia perlu dipertimbangkan dengan maslahah yang lebih besar iaitu menggerunkan masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Khalil berkata kerajaan negeri berusaha sebaik mungkin dalam usaha memperkasakan agenda pelaksanaan syariah di Terengganu, antaranya meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 dengan memaksimumkan keseluruhan hukuman jenayah syariah kepada tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal yang lalu.

Katanya, pihaknya terlebih dahulu merujuk pihak yang lebih arif dan pakar dalam bidang berkenaan.

“Kenyataan saya itu sebenarnya bukan dibuat semborono tapi telah merujuk kepada pihak-pihak yang berkenaan (dan) dalam konteks ini mereka yang dalam bidang mahkamah syariah itu sendiri.

“Dalam konteks Enakmen Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu), ia memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan bagi kesalahan syariah. Itulah had diizinkan Perlembagaan Persekutuan kepada negeri, ” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Terengganu dilaporkan sedang mempertimbangkan pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai atau tempat awam seperti kawasan masjid atau sebagainya.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan berhubung cadangan berkenaan. – The Merdeka Times

Author

Terkini

Dikritik kerjasama jenama pro-Israel, Zus Coffee nyatakan sokongan buat Palestin

Selepas berdepan kritikan dan risiko diboikot kerana didakwa berkolaborasi dengan jenama sukan pro-Israel, Zus Coffee hari ini menyatakan sokongan mereka ke atas perjuangan pembebasan Palestin.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Selepas berdepan kritikan dan risiko diboikot kerana didakwa berkolaborasi dengan jenama sukan pro-Israel, Zus Coffee hari ini menyatakan sokongan mereka ke atas perjuangan pembebasan Palestin.
  • Jenama kopi tempatan itu mengakui penjelasan mereka sebelum ini berhubung dakwaan tersebut tidak memadai dalam menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan genosid di Palestin.
  • “ZUS Coffee berdiri teguh menentang genosid, menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin. 
  • “Selaras dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kami menegaskan kembali komitmen kami terhadap prinsip-prinsip ini.
  • “Kami berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan, memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai-nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Instagram di sini hari ini.
  • Zus Coffee semalam dilaporkan menafikan dakwaan adanya kerjasama atau kolaborasi di antara pihaknya dengan salah satu jenama sukan popular yang terkait pengeluar Israel selepas dikritik ketika memuat naik hantaran video bersama jenama itu.
  • Penjelasan dikeluarkan itu ternyata tidak meredakan kritikan netizen yang tetap memenuhi ruangan komen media sosial Zus Coffee dengan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai memperlihatkan jenama tempatan berkenaan ‘neutral’ dalam isu genosid di Palestin.

KUALA LUMPUR — Selepas berdepan kritikan dan risiko diboikot kerana didakwa berkolaborasi dengan jenama sukan pro-Israel, Zus Coffee hari ini menyatakan sokongan mereka ke atas perjuangan pembebasan Palestin.

Jenama kopi tempatan itu mengakui penjelasan mereka sebelum ini berhubung dakwaan tersebut tidak memadai dalam menyatakan pendirian mereka terhadap tindakan genosid di Palestin.

“ZUS Coffee berdiri teguh menentang genosid, menyokong perjuangan untuk kebebasan Palestin. 

“Selaras dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama, kami menegaskan kembali komitmen kami terhadap prinsip-prinsip ini.

“Kami berjanji untuk lebih berwaspada dalam membuat keputusan di masa hadapan, memastikan ia sentiasa mencerminkan nilai-nilai kami sebagai jenama tempatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Instagram di sini hari ini.

Zus Coffee semalam dilaporkan menafikan dakwaan adanya kerjasama atau kolaborasi di antara pihaknya dengan salah satu jenama sukan popular yang terkait pengeluar Israel selepas dikritik ketika memuat naik hantaran video bersama jenama itu.

Syarikat itu turut memohon maaf di atas perkara berkenaan dan memaklumkan penglibatan mereka dalam video tersebut hanya bertujuan menjual kopi untuk keseronokan rakyat Malaysia.

“Sebagai jenama tempatan Malaysia, kami berpegang teguh kepada integriti. Zus Coffee tidak akan dengan sengaja mengaitkan diri kami dengan peperangan dan secara tegas menolak sebarang tindakan kekerasan terhadap kemanusiaan.

“Kami akan lebih berhati-hati dengan tingkah laku kami dalam aktiviti yang kami jalankan termasuk jenama yang kami berkolaborasi pada masa akan datang,” katanya. 

Penjelasan dikeluarkan itu ternyata tidak meredakan kritikan netizen yang tetap memenuhi ruangan komen media sosial Zus Coffee dengan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai memperlihatkan jenama tempatan berkenaan ‘neutral’ dalam isu genosid di Palestin.

Foto: Tangkap layar komen netizen di Instagram @zus.coffee

Malah ada yang menegaskan situasi melibatkan Palestin-Israel adalah perbuatan genosid atau pembunuhan beramai-ramai rejim penjajah itu ke atas penduduk Gaza, bukan satu peperangan. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending