Connect with us

Antarabangsa

Pentadbiran Biden rancang hantar $1 bilion bantuan senjata kepada Israel – Laporan

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberitahu Kongres mengenai rancangannya menghantar pakej bantuan ketenteraan bernilai $1 bilion kepada Israel, demikian laporan media.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.
  • Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberitahu Kongres mengenai rancangannya menghantar pakej bantuan ketenteraan bernilai $1 bilion kepada Israel, demikian laporan media.
  • Perkara itu berlaku walaupun AS menentang pencerobohan besar-besaran Rafah di selatan Gaza dan adanya kebimbangan mengenai peningkatan kematian orang awam di Palestin.
  • Jabatan Negara AS pada Selasa memindahkan pakej itu ke dalam proses semakan kongres, lapor agensi berita Reuters memetik dua pegawai AS yang tidak dinamakan.
  • Pakej yang belum diluluskan itu termasuk kira-kira $700 juta untuk peluru kereta kebal, $500 juta kenderaan taktikal dan $60 juta perolehan mortar, pembantu kongres memberitahu agensi berita AP.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberitahu Kongres mengenai rancangannya menghantar pakej bantuan ketenteraan bernilai $1 bilion kepada Israel, demikian laporan media.

Perkara itu berlaku walaupun AS menentang pencerobohan besar-besaran Rafah di selatan Gaza dan adanya kebimbangan mengenai peningkatan kematian orang awam di Palestin.

Jabatan Negara AS pada Selasa memindahkan pakej itu ke dalam proses semakan kongres, lapor agensi berita Reuters memetik dua pegawai AS yang tidak dinamakan.

Pakej yang belum diluluskan itu termasuk kira-kira $700 juta untuk peluru kereta kebal, $500 juta kenderaan taktikal dan $60 juta perolehan mortar, pembantu kongres memberitahu agensi berita AP.

Permintaan kelulusan pemindahan senjata maut itu dibuat seminggu selepas Biden menghentikan satu penghantaran kumpulan bom kerana bimbangkan serangan Israel di Rafah.

Lokasi sasaran di selatan Gaza itu menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah ditinggalkan hampir setengah juta orang yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Melapor dari Washington DC, Shihab Rattansi dari Al Jazeera berkata pakej baharu itu “sedang dibentangkan sebagai komitmen jangka panjang AS untuk membekalkan Israel dengan persenjataan”.

“Kami diberitahu bahawa ia sesuatu di bawah pertimbangan sejak pertengahan musim bunga. Ia berpotensi mengambil masa beberapa bulan, sehingga tiga tahun untuk membekalkan semua senjata ini kepada Israel,” katanya.

Laporan Jabatan Negara baru-baru ini mendapati Israel mungkin menggunakan senjata yang dibekalkan AS dengan cara “tidak sehaluan” dengan undang-undang antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending