Connect with us

Antarabangsa

WHO gesa China kongsi data kes Covid-19

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) yang bertemu dengan pegawai China pada Jumaat dan membincangkan mengenai lonjakan kes Covid-19, menggesa Beijing berkongsi data masa sebenar supaya negara lain boleh bertindak balas secara berkesan.

Wartawan TMT

Published

on

WHO gesa China kongsi data kes Covid-19
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) bertemu pegawai China pada Jumaat dan membincangkan mengenai lonjakan kes Covid-19, gesa Beijing berkongsi data masa sebenar supaya negara lain boleh bertindak balas secara berkesan.
  • Lonjakan jangkitan di China cetuskan kebimbangan di seluruh dunia dan WHO mempersoalkan mengenai laporan data dari negara itu yang didapati merekodkan kes rendah walaupun hospital dibanjiri kemasukan ramai pesakit.

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) yang bertemu dengan pegawai China pada Jumaat dan membincangkan mengenai lonjakan kes Covid-19, menggesa Beijing berkongsi data masa sebenar supaya negara lain boleh bertindak balas secara berkesan.

Lonjakan jangkitan di China telah mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia dan WHO mempersoalkan mengenai laporan data dari negara itu yang didapati merekodkan kes rendah walaupun hospital dibanjiri kemasukan ramai pesakit.

Perbincangan tersebut muncul selepas Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menggesa Beijing supaya lebih bersikap terbuka mengenai situasi pandemik di negara dengan populasi penduduk tertinggi di dunia itu.

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu berkata, mesyuarat berkenaan adalah untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai situasi tersebut, selain menawarkan kepakaran WHO dan sokongan seterusnya.

“WHO sekali lagi meminta perkongsian tetap data khusus dan masa sebenar mengenai situasi epidemiologi termasuk data penjujukan genetik, data mengenai kesan penyakit termasuk kemasukan di hospital, unit rawatan rapi serta kematian,” katanya.

Selain itu, WHO meminta data mengenai vaksinasi yang dihantar dan status vaksinasi terutamanya mereka terdedah dan berumur lebih 60 tahun.

“WHO mengulangi kepentingan vaksinasi dan suntikan dos penggalak bagi melindungi penyakit teruk serta kematian bagi individu berisiko tinggi,” kata WHO yang berpangkalan di Geneva, Switzerland.

China pada bulan ini akan menamatkan kuarantin mandatori bagi pelancong tiba di negara itu, selain menarik balik sekatan ketat yang dilaksanakan sebelum ini. – AFP

Sumber : Sinar Harian

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Jordan, Palestin dan Israel ‘bersama di langit’ untuk saya – Narendra Modi

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mendakwa Jordan, Palestin dan Israel mempunyai perbezaan ketara tetapi negara itu “bersama di langit” untuk dirinya.

Modi berkata demikian dalam temubual eksklusif “The Biggest Interview Of 2024” bersama India Today disiarkan hari ini di platform Youtube.

“Raja Jordan dapat tahu saya akan ke Palestin, dia jalur keturunan (Nabi) Muhammad, dia (Raja Jordan) berkata, “En Modi kamu tidak boleh ke sana begini, kamu tetamu saya. Kamu akan naik helikopter saya dan makan di rumah saya.”

“Saya pergi ke rumahnya, kami makan dan berbual. (Dengan) Helikopter Jordan, destinasi Palestin dan iringan jet Israel. Dunia (adalah) berbeza buat tiga negara ini, tetapi untuk Modi, semuanya bersama di langit,” dakwa Perdana Menteri India itu.

Dalam wawancara itu, Modi turut berkongsi usahanya untuk menghentikan pertempuran di Gaza pada Ramadan dan Israel cuba untuk akur yang akhirnya menyebabkan mereka hanya bertempur dua atau tiga hari sahaja.

“Di Gaza ketika Ramadan, saya hantar perutusan khas ke Israel. Dia berjumpa dengan Perdana Menteri Israel dan memberitahunya bahawa tidak sepatutnya Gaza dibom ketika Ramadan.

“Beliau (Israel) cuba akur. Mereka hanya bertempur dua tiga hari di bulan Ramadan. Tetapi saya telah menghantar utusan khas.

“Di sini (India) kamu menuduh saya bermain politik terhadap Muslim. Tapi Modi berusaha untuk hentikan pengeboman di Gaza. Saya tidak mahu publisiti untuk hal ini,” kata Modi.

India kini berdepan pilihanraya umum dan kenyataan Modi dipercayai bertujuan untuk memancing pengundi Muslim di negara majoriti Hindu itu. – The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending