Antarabangsa
Double standard: Gula tambahan dalam produk susu bayi, bijirin Nestle di Asia tinggi – Kajian
Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

- Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
- Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram hari ini mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.
- Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan.
- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan tiada gula ditambah kepada makanan untuk kanak-kanak di bawah usia tiga tahun.
- “Terdapat double standard (pilih kasih) di sini yang tidak boleh dibenarkan …(ia) bermasalah dari segi kesihatan awam dan perspektif etika,” kata Sainstis WHO, Nigel Rollins.
- Cerelac dan Nido antara produk bayi terlaris di seluruh dunia khususnya di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Kajian Public Eye dan International Baby Food Action Network (IBFAN) mendapati tahap gula tambahan yang tinggi dalam produk Nestle menyasarkan bayi di Asia, Afrika dan Amerika Latin.
Kajian dikongsikan Al Jazeera Plus (AJ+) dalam Instagram hari ini mendapati bijirin berasaskan gandum, Cerelac untuk bayi berusia enam bulan mempunyai 6 gram (g) gula tambahan di Thailand, 5.2g gula tambahan di Ethiopia dan 4g gula tambahan di Afrika Selatan.
Sedangkan produk sama yang dijual di United Kingdom (UK) dan Jerman tidak mengandungi sebarang gula tambahan.
Susu tepung Nido juga mempunyai tahap gula tambahan yang tinggi di Amerika Tengah, Bangladesh, Nigeria dan Senegal.
Ironinya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan tiada gula ditambah kepada makanan untuk kanak-kanak di bawah usia tiga tahun.
“Terdapat double standard (pilih kasih) di sini yang tidak boleh dibenarkan …(ia) bermasalah dari segi kesihatan awam dan perspektif etika,” kata Sainstis WHO, Nigel Rollins.
Cerelac dan Nido antara produk bayi terlaris di seluruh dunia, khususnya di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Pada 2022, kedua-dua jenama itu sahaja menjana lebih daripada A$2.5 bilion (RM11.9 bilion) dalam jualan.
Nestle pada 1970-an mengemukakan saman ke atas dakwaan bahawa kempen pemasarannya menghalang ibu di negara berpendapatan rendah dan sederhana daripada penyusuan susu semula jadi.
Walaupun memenangi kes itu, ia membawa kepada boikot antarabangsa. – The Merdeka Times
