Connect with us

Antarabangsa

Universiti Israel bantah inisiatif perundangan diskriminasi

Lebih banyak universiti Israel semalam membantah inisiatif perundangan yang mendiskriminasi wanita, kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta warga Arab oleh kerajaan gabungan haluan kanan baharu Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Universiti Israel bantah inisiatif perundangan diskriminasi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Universiti Israel membantah inisiatif perundangan mendiskriminasi wanita, kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta warga Arab oleh kerajaan gabungan haluan kanan baharu Israel.
  • Institut Teknologi Israel (Technion) mengeluarkan kenyataan  akan mencapai matlamatnya tanpa mendiskriminasi sesiapa berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan, jantina atau prientasi seksual.
  • Universiti Hebrew di Baitulmaqdis, menekan pihaknya akan terus mempromosikan nilai kesaksamaan penuh, kebebasan dan maruah manusia dalam apa juga bentuk.
  • Katanya, sebagai masyarakat bertamadun, kita mesti mengecam wacana keratan yang bertujuan mencapai ketuanan dan mengecualikan seluruh penduduk daripada aturan sosial Israel rapuh.

BAITULMAQDIS: Lebih banyak universiti Israel semalam membantah inisiatif perundangan yang mendiskriminasi wanita, kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta warga Arab oleh kerajaan gabungan haluan kanan baharu Israel.

Institut Teknologi Israel (Technion) semalam mengeluarkan kenyataan amaran mengenai risiko ancaman terhadap imej Israel menerusi inisiatif sedemikian, sambil menambah ia akan mencapai matlamatnya tanpa mendiskriminasi sesiapa berdasarkan kaum, agama, kewarganegaraan, jantina atau orientasi seksual.

Semalam, Universiti Haifa juga mengeluarkan kenyataan amaran bahawa inisiatif perundangan kerajaan sayap kanan dan agama yang baharu itu mengundang diskriminasi dan mengecualikan kumpulan penduduk tertentu dalam masyarakat Israel, memupuk kebencian terhadap komuniti LGBT dan menyemai ketakutan di negara itu.

Sementara, Institut Sains Weizmann pula berikrar dalam satu kenyataan semalam, menegaskan pihaknya akan ‘terus berdiri teguh di tengah pelanggaran hak komuniti LGBT dan kumpulan lain dalam menghadapi perbuatan menghasut dan keganasan’.

Selasa lalu, Universiti Hebrew di Baitulmaqdis, dalam satu kenyataan, menekankan pihaknya akan terus mempromosikan nilai kesaksamaan penuh, kebebasan dan maruah manusia dalam apa juga bentuk.

“Sebagai masyarakat bertamadun, kita mesti mengecam wacana keratan yang bertujuan mencapai ketuanan dan mengecualikan seluruh penduduk daripada aturan sosial Israel yang rapuh,” katanya.

Dalam surat terbuka yang dikeluarkan pada Rabu lalu kepada pelajarnya, Universiti Tel Aviv menyatakan: ‘hari ini, suara-suara melampau kedengaran, menimbulkan idea mengejutkan yang bertujuan merosakkan jaringan halus kehidupan kita’.

Selain itu, ia berikrar untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana entiti melaksanakan dasar diskriminasi yang tidak wajar.

Terdahulu, Universiti Bar Ilan, Universiti Ben Gurion dan Universiti Reichman di Israel juga menyatakan ketiga-tiga mereka menentang diskriminasi dan pengecualian kumpulan tertentu penduduk.

Baru-baru ini, hospital terkemuka di Israel bangkit menentang inisiatif perundangan yang diambil oleh kerajaan baharu untuk membenarkan doktor menolak rawatan kepada kumpulan penduduk tertentu, seperti golongan LGBT, jika ia bertentangan dengan kepercayaan agama doktor berkenaan.

Semalam, kerajaan gabungan baharu Israel yang diketuai oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, pemimpin paling lama berkhidmat di negara itu, mengangkat sumpah pada majlis perasmian di Parlimen Israel atau Knesset.

Gabungan baru kerajaan paling kanan dalam sejarah Israel, terdiri daripada parti Likud pimpinan Netanyahu; Religious Zionisme yang pro penceroboh dan menggesa pengilhakan Tebing Barat yang diduduki.

Turut menyertai gabungan itu ialah parti Jewish Power yang ketuanya disabitkan bersalah menyokong keganasan Yahudi dan menghasut perkauman serta parti Noam, parti pelampau kanan yang menentang hak LGBT, serta Shas dan United Torah Judaism, dua parti ultra-Ortodoks.

Sumber: Berita Harian

 

 

 

 

Author

Antarabangsa

NATO mulakan latihan nuklear besar-besaran di Eropah Utara

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.
  • Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.
  • Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.
  • Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 
  • Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Latihan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berskala besar digelar “Steadfast Noon” dengan penyertaan 2,000 tentera dari 13 negara perikatan, membabitkan sehingga 60 pesawat, bermula pada Isnin di utara Eropah, lapor Sputnik.

Setiausaha Agung NATO, Mark Rutte dilaporkan berkata latihan ketenteraan itu akan dilakukan terutama di UK, di Laut Utara serta di Belgium dan Belanda.

Menurut Rutte, latihan ketenteraan itu harus menunjukkan kepada mana-mana musuh bahawa NATO bersedia bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

Latihan ketenteraan itu dirancang dan disediakan selama lebih dari setahun serta tiada senjata tempur akan digunakan dalam latihan itu, kata NATO sebelum ini.

Latihan itu akan berlangsung selama dua minggu dengan lapan pangkalan udara akan terlibat. 

Ia akan membabitkan pelbagai pesawat yang mampu membawa senjata nuklear, pengebom, pejuang pengiring dan pesawat mengisi minyak serta pesawat peninjau dan peperangan elektronik akan mengambil bahagian dalam latihan itu.

Perkhidmatan akhbar NATO mengingatkan bahawa pakatan ketenteraan itu sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kebolehpercayaan dan keberkesanan pasukan pencegahan nuklear. 

Walaupun NATO menganggap latihannya itu dirancang, organisasi anti-perang mengkritik kelakuan mereka dalam konteks ketegangan antarabangsa. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending