Terkini
Hukuman hamil luar nikah hanya untuk penzina, bukan mangsa rogol
Kesalahan rogol atau melahirkan anak luar nikah hasil persetubuhan paksa tidak termasuk di dalam Pindaan Seksyen 29a Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2022 Terengganu.
- Kesalahan rogol atau lahirkan anak luar nikah hasil persetubuhan paksa tidak termasuk di dalam Pindaan Seksyen 29a Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2022 Terengganu.
- Pengerusi Lajnah Kesihatan PAS Pusat, Profesor Madya Dr Mohd Mazri Yahya berkata seksyen itu dengan jelas menghadkan hukuman kepada hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan dilakukan dengan kerelaannya (29 A (3)) sekaligus mengecualikan kes rogol daripada didakwa di bawah seksyen terbabit.
- Jenayah rogol adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan bukannya di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
- Falsafah pindaan bukan untuk menjatuhkan hukuman, apatah lagi menzalimi atau menyeksa mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu, tetapi ianya bersifat mendatangkan kegerunan bagi mereka yang ingin berjinak-jinak ataupun ingin melakukan maksiat itu, kata Dr Mazri.
KUALA LUMPUR – Kesalahan rogol atau melahirkan anak luar nikah hasil persetubuhan paksa tidak termasuk di dalam Pindaan Seksyen 29a Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2022 Terengganu.
Pengerusi Lajnah Kesihatan PAS Pusat, Profesor Madya Dr Mohd Mazri Yahya berkata seksyen itu dengan jelas menghadkan hukuman kepada hamil luar nikah akibat daripada persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya (29 A (3)) sekaligus mengecualikan kes rogol daripada didakwa di bawah seksyen terbabit.
“Perlu difahami bahawa jenayah rogol adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Sivil dan bukannya di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah,” katanya dalam kenyataan beliau yang dikongsikan di Facebook Dr Suhazeli Abdullah hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kebimbangan beberapa NGO kesihatan dan individu berkenaan tindakan Terengganu meluluskan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Seksyen 29A pada 1 November 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib sebelum ini dilaporkan berkata tindakan menjenayahkan kehamilan dan kelahiran luar nikah akan mengancam dan melemahkan perlindungan serta hak wanita dalam penjagaan kesihatan.
Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) pula dilaporkan meluahkan kebimbangan langkah menghukum seperti itu akan menyebabkan golongan hamil luar nikah enggan mendapatkan pertolongan, sebaliknya mungkin cuba untuk menggugurkan kandungan dengan cara tidak selamat.
Mengulas lanjut, Dr Mazri menjelaskan pindaan itu dibuat bagi membendung kes-kes yang melibatkan anak luar nikah di negeri Terengganu yang dilihat semakin hari semakin meningkat.
“Dalam kes ekstrem, kelahiran tersebut berlaku berulang kali, dan si pelaku dengan tanpa rasa takut mengaku bersalah dan sanggup membayar denda yang dianggap rendah.
“Falsafah pindaan bukan untuk menjatuhkan hukuman, apatah lagi menzalimi atau menyeksa mereka yang melakukan perbuatan terkutuk itu, tetapi ianya bersifat mendatangkan kegerunan bagi mereka yang ingin berjinak-jinak ataupun ingin melakukan maksiat tersebut.
“Enakmen ini juga tidak mendiskriminasi wanita kerana dengan jelas klausa di dalam seksyen tersebut memperincikan kedua-dua pihak (lelaki dan wanita) apabila disabit kesalahan, akan menerima hukuman seperti yang termaktub di dalam enakmen tersebut,” katanya.
Dr Mazri berkata had umur di dalam penentuan enakmen itu adalah bagi wanita dan lelaki berumur melebihi 16 tahun sementara pelaku kesalahan di bawah umur 16 tahun, ianya dikategorikan sebagai pesalah muda iaitu mereka yang berumur 10 sehingga 16 tahun.
Katanya, pesalah muda ini dalam negeri Terengganu tidak melibatkan hukuman penjara dan rotan.
“Seksyen 29A Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu yang baharu sahaja diluluskan oleh Kerajaan Negeri Terengganu adalah hukum Takzir (bukan hudud) yang melibatkan kesalahan berkaitan dengan melahirkan anak luar nikah.
“Perkara ini masih dalam ruang lingkup bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepada Mahkamah Syariah melalui Akta 356. Kesalahan berkaitan dengan Zina (hudud) telah pun diperuntukkan dalam Enakmen Jenayah Syariah II.
“Pindaan ini bukanlah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Seksyen bagi kesalahan sama juga diperuntukkan dalam sebahagian Enakmen-Enakmen negeri lain seperti di Wilayah Persekutuan, Selangor dan Melaka. Dalam erti kata lain, negeri selain Terengganu telah lebih awal mewujudkan peruntukan sama,” katanya.
Beliau menjelaskan usaha pemeliharaan kesucian keturunan bukan sahaja sangat dititikberatkan dalam agama Islam, malah ianya adalah juga selari dengan amalan perubatan kontemporari yang menitikberatkan pencegahan penyakit.
Justeru itu, katanya, sebelum sesuatu penyakit atau amalan seksual songsang menular menjadi barah membahayakan di dalam masyarakat, tindakan pencegahan yang serius haruslah diambil. – The Merdeka Times
Sumber : Facebook Dr Suhazeli Abdullah
Terkini
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
- Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
- Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
- “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
- “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
- Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
- Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.
Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.
Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.
“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.
Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.
“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
PM hapuskan RM83 juta tunggakan cukai, denda UTAR – Laporan
-
Terkini3 days ago
Hapuskan tunggakan cukai, denda UTAR: Tindakan PM betul, malah tidak cukup – Apek Cina
-
Terkini2 days ago
Netizen Cina minta kaedah pendidikan Cina, SMPC disemak semula
-
Terkini2 days ago
Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina