Connect with us

Antarabangsa

Anak kecil di Chhattisgarh, India maut dirogol remaja 15 tahun

Seorang remaja lelaki berumur lima belas tahun nekad melakukan keganasan seksual dengan mengurung dirinya di dalam tandas bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang remaja lelaki berumur lima belas tahun nekad melakukan keganasan seksual dengan mengurung dirinya di dalam tandas bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.
  • Pelaku tidak mempedulikan jeritan kanak-kanak itu dan tidak menghiraukan ketukan pintu oleh ibu kanak-kanak terbabit, kata polis di bandar Bilaspur, Chhattisgarh.
  • Ketika jiran-jiran berjaya memecahkan pintu, kanak-kanak itu didapati mengalami kecederaan yang mengerikan dan pendarahan yang banyak, lapor TOI.
  • Polis berkata terdapat kesan gigitan di seluruh badan anak kecil itu yang kemudiannya meninggal dunia semasa dalam rawatan.

Seorang remaja lelaki berumur lima belas tahun nekad melakukan keganasan seksual dengan mengurung dirinya di dalam tandas bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Pelaku tidak mempedulikan jeritan kanak-kanak itu dan tidak menghiraukan ketukan pintu oleh ibu kanak-kanak terbabit, kata polis di bandar Bilaspur, Chhattisgarh.

Ketika jiran-jiran berjaya memecahkan pintu, kanak-kanak itu didapati mengalami kecederaan yang mengerikan dan pendarahan yang banyak, lapor TOI.

Polis berkata terdapat kesan gigitan di seluruh badan anak kecil itu yang kemudiannya meninggal dunia semasa dalam rawatan.

Polis mendaftarkan kes itu di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (Pocso) dan bertindak menyoal siasat tertuduh.

Ibu bapa anak kecil itu merupakan penyewa di rumah milik keluarga tertuduh, kata Superintendan bandar Bilaspur, Umesh Prasad Gupta. 

Remaja terlibat cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis.

Orang ramai berkumpul di balai polis dan menuntut tindakan tegas diambil ke atas tertuduh.

Superintendan Rajnesh Singh dilaporkan tiba untuk mengawal keadaan, menjelaskan tindakan akan diambil mengikut kebiasaan Akta Keadilan Juvana. – The Merdeka Times

Author

Antarabangsa

Tiada tanda gencatan senjata dicapai di Gaza, perantara masih optimistik

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
  • Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.
  • Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Pengantara iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Mesir kekal optimistik mengenai kemungkinan berlakunya gencatan senjata di Gaza tetapi adanya beberapa isu penting yang masih menghalang kedua-dua pihak mencapai persetujuan.

Hamas berkata ia mahu melihat gencatan senjata menyeluruh yang bermaksud perang ditamatkan sepenuhnya, lapor wartawan Al Jazeera, Hamdah Salhut.

Israel pula berkata berulang kali walaupun jeda pertempuran dicapai, selepas itu perang akan diteruskan, malah sehingga semua objektif perangnya tercapai.

Tiada komen rasmi daripada Israel mengenai rundingan itu setakat ini selain fakta bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu diberi taklimat mengenainya dan delegasi Israel hadir untuk pusingan rundingan kali ini.

Mandat diberikan kepada perunding Israel oleh Netanyahu juga tidak diketahui sepenuhnya kerana butiran mengenai rundingan itu tidak didedahkan kepada umum.

Walaupun pengantara kekal optimistik, masih tiada tanda bahawa kesepakatan hampir tercapai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Trending